Bantuan RM100 – RM1,000: Ini Senarai Bantuan Kerajaan Yang Akan Dibayar Dari 1 Hingga 10 Jun 2022

Dalam usaha membantu rakyat Malaysia, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi-agensinya. Antaranya termasuklah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan-bantuan bulanan kepada yang berkelayakan.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempercepatkan pembayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022 bersempana sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 25 hingga 30 April 2022.

Dalam masa sama, bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 01 Jun hingga 10 Jun 2022. Oleh itu, berikut merupakan senarai bantuan yang akan dibayar pada tarikh berkenaan: –

Bantuan Am Persekutuan & Negeri

Kedua-dua bantuan Am Negeri dan Persekutuan ini melibatkan bayaran bulanan sebanyak RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Bantuan ini diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini adalah khas untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Jumlahnya pula adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK adalah bantuan kepada keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada /kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup. Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, jumlah bantuannya ialah minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upada (EPOKU)

Insentif EPOKU ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Ia melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM450 seorang. 

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

BTB pada asasnya merupakan bantuan bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. Mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, boleh menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM300 sebulan.

Bagi maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan JKM, sila rujuk di portal rasmi jabatan itu atau DI SINI.

Sumber: berikerja

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments