AirAsia Ride Beri Jaminan Harga Tambang Adil

PUCHONG: AirAsia Ride akan memastikan tambang yang berpatutan dikenakan meskipun terdapat isu kenaikan tambang dan kesukaran untuk mendapatkan kenderaan sejajar dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik secara beransur-ansur.

Malah, perkhidmatan e-hailing yang sedang pesat berkembang oleh Airasia Super App itu juga memberi potongan istimewa sebanyak RM5 kepada penumpangnya untuk 10 kilometer pertama bagi perjalanan di seluruh Malaysia, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes,  berkata apabila memulakan syarikat penerbangan 20 tahun lalu, matlamat syarikatnya adalah untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menjadikannya berpatutan untuk semua.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengekalkan  visi itu dan  seterusnya memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang.

"Kami akan terus memastikan harga tambang yang adil. Kami juga mahu menjadi nombor satu dalam e-hailing," katanya pada Rumah Terbuka AirAsia Ride di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan, berkata memandangkan tambang perkhidmatan e-hailing dalam pasaran menunjukkan peningkatan yang ketara sejak beberapa minggu kebelakangan ini, syarikat ingin menyakinkan pelanggan bahawa pihaknya sentiasa menawarkan tambang yang berpatutan dan adil untuk pemandu dan pelanggan.

Beliau berkata, apabila pasaran Malaysia telah dibuka sepenuhnya dan aktiviti ekonomi kembali ke tahap pra pandemik, ia melihat lonjakan kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama pada waktu puncak.

"Polisi tambang AirAsia Ride akan kekal seperti sebelum ini. Kami tidak akan 'menghukum'  penumpang kami untuk membayar dua atau tiga kali ganda daripada harga tambang biasa mereka walaupun terdapat kekurangan pemandu dalam perkhidmatan.

"Kami sentiasa percaya bahawa tambang yang dikenakan haruslah berpatutan dan adil untuk kedua-dua pemandu dan penumpang untuk mencapai situasi menang-menang.

"Kami akan memastikan kenaikan harga tambang akan dapat menampung masa tambahan dalam trafik untuk pemandu semasa waktu puncak, jika ia berlaku," katanya.

Dengan bantuan lebih 30,000 pemandu berdaftar pada platform itu, AirAsia Ride baru-baru ini mencapai kejayaan sejuta penumpang dalam hanya kurang daripada setahun sejak dilancarkan.

Pemandu AirAsia Ride kini berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk penerbangan Tanpa Had AirAsia, pendapatan bulanan sehingga RM4,000 sebulan dan insentif tambahan sehingga RM200 seminggu.

AirAsia Ride juga menyasarkan jumlah pemandu mencapai sehingga 50,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Sumber: bharian

!-- iklan tengah postingan -->

Load comments