Rumah
Mesra Rakyat (RMR) adalah merupakan salah satu rumah yang boleh menjadi idaman
untuk bagi yang layak untuk memohon. Sekiranya anda mempunyai tanah sendiri
serta ingin memiliki rumah idaman anda. Berita baik untuk anda semua kerana
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengalukan kepada sesiapa yang layak
untuk memohon rumah mesra rakyat.
Bagi
golongan yang layak serta ingin membuat permohonan , anda boleh membuat
permohonan secara online melalui laman web rasmi SPNB.
Rumah
Mesra Rakyat (RMR) ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban
bagi orang yang kurang berkemampuan seperti para petani , nelayan keluarga yang
miskin serta tidak mempunyai rumah yang selesa tetapi mempunyai tanah sendiri .
SYARAT
KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
·
Mestilah
warganegara Malaysia
·
Berumur
18 tahun ke atas
·
Pendapatan
isi rumah sebulan tidak lebih dari RM3,000
·
Tidak
mempunyai rumah sendiri , mempunyai rumah usang
·
Keluasan
tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps
·
Tertakluk
kepada peruntukan wang
Harga
& Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat
Konsep
binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
Harga
RMR adalah seperti berikut:
1.
Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
·
Harga:
RM75,000
·
Subsidi
pembinaan: RM20,000
·
Jumlah
pinjaman: RM55,000
·
Anggaran
bayaran bulanan 16 tahun: RM300
2.
Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
·
Harga
RM85,000
·
Subsidi
pembinaan RM20,000
·
Jumlah
pinjaman RM65,000
·
Anggaran
bayaran bulanan 16 tahun: RM350
3.
Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
·
Harga
RM75,000 – RM106,500
·
Subsidi
pembinaan RM20,000
·
Jumlah
pinjaman RM55,000 – RM86,500
·
Anggaran
bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470
Cara
Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Pemohonan
RMR boleh dibuat secara online atau manual.
Borang
manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB
selepas permohonan dilengkapkan.
Bagi
membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:
1.
BUKA
LAMAN WEB –
Layari http://rmr.spnbonline.com.my
2.
KLIK
PENDAFTARAN BARU
– Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
3.
PENERIMAAN
LOGIN ID DAN KATA LALUAN –
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
4.
LOG
MASUK KE LAMAN UTAMA
– Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan
permohonan RMR
5.
MELENGKAPKAN
BORANG ONLINE
– Isi maklumat ke dalam sistem
6.
SELESAI
MENGISI BORANG ONLINE
– Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
7.
MAJUKAN
BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan
SPNB yang berdekatan
Dokumen
Yang Diperlukan
Dokumen
yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti
berikut:
·
Salinan
kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
·
Salinan
kad pengenalan tuan tanah
·
Salinan
kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
·
Salinan
geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang
terbaru
·
Slip
gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan
pendapatan pemohon / pemohon kedua*
·
Surat
akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang
usang*
·
Surat
akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
·
Salinan
sijil nikah pemohon
·
Borang
laporan tapak bergambar
NOTA:
·
Surat
Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu
disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
·
SPNB
berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari
semasa ke semasa
Maklumat
Lanjut
Untuk
maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi :
IBU
PEJABAT
Syarikat
Perumahan Negara Berhad
Tingkat
8, Wisma Perkeso
Jalan
Tun Razak,
50400
Kuala Lumpur.
Telefon:
03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel:
aduan@spnb.com.my