Tahukah anda, MySalam merupakan sebuah inisiatif skim
takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang
bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak
untuk menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung
Amanah Mysalam.
MySalam ditubuhkan sebagai sebuah skim perlindungan
kesihatan sosial yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang memerlukan
bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalamai masalah
seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal.
Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon MySalam.
KELAYAKAN PERMOHONAN MYSALAM
Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
:
1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan
berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan
berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 +
Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.
Tebus MySalam Waktu Kuarantin Covid-19
Maklumat tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka
yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam.
Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih
boleh untuk melakukan penebusan.
Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama
tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum
tebus adalah selama 14 hari)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Sebelum anda membuat penebusan Mysalam, pastikan anda
melakukan semakan terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bantuan
ataupun tidak. Berikut kami kongsikan cara untuk anda melakukan semakan
MySalam.
1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
3. Seterusnya, klik pada pautan "semak"
4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang
menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak
Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh
lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di
bawah ini.
CARA PERTAMA
Tuntutan Secara Online
1. Log masuk ke dalam portal
https://www.mysalam.com.my/b40/public/
2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih
dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang
diarahkan.
3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan
nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila
hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas
itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
4. Sila kemaskini profile anda.
5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN >
PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN
TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY
IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada
dalam gambar)
6. Klik hantar.
7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan
kemudian.
CARA KEDUA
Tuntutan Secara Manual
1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17.
Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan
dengan mesin ATM Bank Rakyat).
3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka
masukkan dalam sistem (key-in).
4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini
untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
TALIAN BANTUAN
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my
Semua rakyat Malaysia? X semua rakyat Malaysia B40 & xsemua yg layak mysalam ni. 🤦🤦
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecolombusbinlamuji nombor ic 800618125135 alamat rumah BLK C 5 14 JALAN PELANGI 1 TAMAN PELANGI 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG tarikh lahir 18061980 terakhir hospital Sabah status bujang dan nombor akaun AFFIN BANK 200590515821
ReplyDelete