Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
"Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian.
Inisiatif Kerajaan ini adalah bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.
Tempoh Permohonan Fasa 2 Perantisiswa
Permohonan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan
https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022.
Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Inisiatif ini diteruskan untuk fasa 2 yang dibuka selama 60 hari bermula 1 Ogos 2022.
Berita Baik! PerantiSiswa
2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah
memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT
yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti
tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.
· Spesifikasi Tablet Yang
Dibekalkan
· Skrin 10.1” Paparan FHD,
1280×800.
· Android OS 10 dan ke
atas.
· 4G LTE (menyokong
frekuensi LTE telco di Malaysia).
· Minimum RAM 4GB.
· Minimum storan 64GB.
· Slot SD Micro sehingga
256GB.
· Kamera hadapan minimum
2MP.
· Kamera belakang minimum
5MP.
· Pembesar suara terbina
dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset.
· Bluetooth 4.1 dan ke
atas.
· WiFi 2.4GHz & 5Ghz.
· Bateri minimum 4500 mAh.
· Pengecas USB disertakan.
· Papan kekunci bluetooth
disertakan.
· Pen stylus disertakan.
Syarat Kelayakan Pakej
PerantiSiswa
Pelajar institut
pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa yang berada dalam kelompok keluarga B40
iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah
RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Mahasiswa yang belajar di
peringkat pengajian berikut:
· Diploma, diploma lanjutan
dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
· Politeknik
· Kolej Komuniti
· Institusi pengajian
tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Cara Permohonan
Permohonan berkenaan
hanya menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)
iaitu: