Cara Tuntut Pampasan Penerbangan Ditunda & Dijadual Semula – MAVCOM


 

CARA TUNTUT PAMPASAN AKIBAT PENERBANGAN DITUNDA & DIJADUAL SEMULA – MAVCOM

 

Akhir-akhir ini pelbagai aduan dan keluhan dapat dilihat di media sosial berkaitan penerbangan lewat dan asyik dijadualkan semula tanpa notis.

 

Tahukah anda, para penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dijadual semua berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin ditujui.

 

Kod Perlindungan Pengguna boleh digunapakai di seluruh Malaysia bagi semua penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan sama ada oleh syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa.

 

Berikut dikongsikan panduan oleh MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) yang penting untuk anda ketahui.

 

i)                   Penerbangan Ditunda

 

Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan. Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, pampasan ini mungkin merangkumi:

 

·        makanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih);

·        penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih);

·        pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan).

 

Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

 

Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM.

 

Anda boleh menerima pampasan termasuk makanan dan penginapan bergantung kepada tempoh waktu penundaan. Sila rujuk halaman Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk butiran lanjut.

 

Pemulangan wang akan bergantung kepada terma dan syarat tiket anda. Sila layari bahagian Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk butiran lanjut.

 

NOTA: Mana-mana syarikat penerbangan tidak mempunyai obligasi untuk membayar pampasan jika ia boleh membuktikan bahawa penundaan itu disebabkan oleh hal keadaan luar biasa yang tidak dapat dielakkan, walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil. Hal keadaan luar biasa ini merangkumi hal-hal seperti peperangan, keadaan meteorologi yang tidak bersesuaian dengan operasi penerbangan, risiko keselamatan, kelemahan aspek keselamatan penerbangan yang tak dapat dijangka dan mogok yang menjejaskan operasi syarikat penerbangan tersebut.

 

ii)                 Penerbangan Dibatalkan

 

Jika penerbangan anda dibatalkan, anda berhak mendapatkan pemulangan penuh harga tiket atau pilihan penerbangan lain tanpa kos tambahan.

 

Sila rujuk halaman Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk maklumat lanjut.

 

NOTA: Mana-mana syarikat penerbangan tidak mempunyai obligasi untuk membayar pampasan jika ia boleh membuktikan bahawa pembatalan itu disebabkan oleh hal keadaan luar biasa yang tidak dapat dielakkan, walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil. Hal keadaan luar biasa ini merangkumi hal-hal seperti peperangan, keadaan meteorologi yang tidak bersesuaian dengan operasi penerbangan, risiko keselamatan, kelemahan aspek keselamatan penerbangan yang tak dapat dijangka dan mogok yang menjejaskan operasi syarikat penerbangan tersebut.

 

Cara Buat Aduan Penerbangan Lewat / Dijadual Semula Kepada MAVCOM

 

MAVCOM boleh membantu mempertahankan hak-hak anda sebagai pengguna perkhidmatan udara.

 

Untuk mengemukakan aduan, sila pastikan butiran aduan anda mengandungi

 

·        aduan bertulis yang anda telah kemukakan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang, bersama-sama dengan maklum balas syarikat tersebut;

·        butiran penerbangan anda, termasuk nombor penerbangan dan tarikh/masa;

·        nama lapangan terbang, lokasi dan tarikh; dan

·        apa-apa bukti lain, seperti salinan tiket/tempahan, salinan imbasan pas masuk pesawat, gambar/ tangkap layar (screenshot), salinan sijil perubatan (jika berkenaan), salinan pasport/kad pengenalan (jika berkenaan), laporan bagasi dll.

 

Anda boleh kemukakan aduan kepada MAVCOM melalui FlySmart menerusi borang ini.

 

NOTA: MAVCOM berhak untuk menolak sebarang aduan yang tidak berkaitan dengan industri penerbangan atau dianggap remeh-temeh.

 

FlySmart adalah satu inisiatif oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk memperkasakan hak penumpang penerbangan. Ia juga merupakan platform bagi anda membuat aduan kepada MAVCOM, mengenai syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan. Bagaimanapun, anda digalakkan untuk membuat aduan secara terus terlebih dahulu kepada syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan. Untuk menghubungi khidmat pelanggan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang yang berkenaan, anda boleh mendapatkan butiran lanjut di sini.

 

Jika aduan anda tidak berjaya diselesaikan dalam masa 30 hari, atau anda tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberi oleh pihak berkenaan, anda boleh mengemukakan aduan kepada MAVCOM di bawah. Selain itu, anda juga boleh membuat aduan menggunakan aplikasi mudah alih FlySmart yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

 

Semak Status Aduan / Pampasan MAVCOM

 

Sekiranya anda telah membuat aduan kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart, anda boleh menyemak status kes anda di sini.


Jika anda tidak dapat mengesan atau terlupa nombor rujukan kes, sila e-mel kepada enquiries@flysmart.my.