Setiap pelajar yang tamat pengajian tinggi diUniversiti dan
Kolej pasti perkara yang difikirkan yang hutang PTPTN.
Namun begitu, hutang tersebut wajib dibayar bermula selepas
12 bulan pengajian. Mendapatkan pekerjaan sebaik saja menghabiskan pengajian
ialah tekanan yang diterima oleh mana-mana graduan.
Sebaik mendapat pekerjaan pula, dengan jumlah gaji yang
hanya cukup makan untuk membayar komitmen bulan akibat daripada taraf hidup
semakin tinggi, kebanyakkan daripada mereka sukar membayar balik pinjaman PTPTN
.
Mujurlah sekarang terdapat alternatif pembayaran hutang
PTPTN mengunakan Akaun KWSP. Setiap bulan caruman KWSP yang ditambah oleh
majikan boleh digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN.
Jadi, PortalInfo akan membantu anda bagaimana untuk membayar
PTPTN mengunakan Akaun II KWSP.
1. Daftar dan Log Masuk i-Akaun
Jika belum ada I-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih
dahulu dan aktifkan untuk sebarang urusan.
Barulah anda dibenarkan untuk log masuk di laman web KWSP
dan masukkan kata laluan sementara yang diterima.
2. Memohon Pembayaran Baru
Klik ‘Pengeluaran’ di bahagian menu atas. Kemudian
klik ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.
Satu ‘pop up’ mesej akan terpapar dan padanya ada butang
‘OK’. Klik butang ‘OK’ tersebut.
Maka akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang
terlibat (pilih PTPTN), Ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman),
Ruangan peringkat (apa yang anda pelajari) dan Ruangan permohonan (pilih diri
sendiri).
3. Periksa Jumlah Kelayakan
·
Klik butang ‘seterusnya’ dan butang ‘terima’.
·
Kemaskini maklumat diri anda
·
Masukkan nombor rujukan matriks semasa kita
belajar di ruangan maklumat pengeluaran.
·
Jumlah kelayakan anda akan terpapar. Berdasarkan
baki akaun 2 KWSP anda, baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam
akaun.
·
Setelah itu, bergantung kepada kita berapa kita
mahu bayar.
4. Berapa Lama Proses Akan Diambil Pihak PTPTN?
Selesai memohon, pihak PTPTN akan proses permohonan
tersebut.
Masa diambil adalah sekitar 1 minggu. Jika permohonan lulus
anda akan mendapat sms daripada pihak PTPTN.
5. Bawa Dokumen Yang Diperlukan Ke Cawangan KWSP Jika
Permohonan Lulus
Jika permohonan lulus, hadir ke cawangan KWSP terdekat untuk
mengambil cop jari (thumb print).
Sila hadir dengan
membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, sijil-sijil
dan sebagainya.
Proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16
hari dan semakan di I-Akaun sudah boleh dibuat.
*Ini adalah antara cara untuk membayar hutang PTPTN
mengunakan KWSP. Langkah ini diperlukan setiap kali anda mahu membayar
pinjaman. Ia berbentuk one-off.
Terima kasih.