ATM Cash-out di aplikasi MAE ialah satu program dari pihak
Maybank untuk penguna mengeluarkan wang dari mesin ATM tanpa menggunakan kad!
Anda cuma perlu aktifkan fungsi ini di aplikasi MAE dengan
beberapa langkah untuk pengeluaran tunai secara tanpa sentuh (contactless).
Apa Itu ATM Cash-Out MAE Maybank?
Aplikasi MAE telah memperkenalkan ciri baru dimana penguna
dibenarkan untuk mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank tanpa menyentuh ATM
dengan telefon bimbit sahaja.
Hal ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi agar
dapat membantu semua penguna akaun Maybank.
Namun begitu, anda masih boleh mengunakan khidmat
pengeluaran wang mengunakan kad seperti biasa.
Siapa Boleh Guna Khidmat ATM Cash-Out?
Semua pemegang kad ATM Maybank sedia ada yang boleh
mengunakan aplikasi MAE.
Jenis Atm Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?
Gunakan ATM Cash-out
keluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih.
Perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank
tidak lama lagi.
Senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan MAE Cash-Out
Terdapat kod QR dipaparkan pada skrin ATM untuk imbasan
mengunakan applikasi ini.
Cara Mengaktifkan Fungsi ATM Cash-Out Apps MAE
Muat turun aplikasi MAE di Google Play Store, Apple iOS
Store atau Hua Wei App Gallery dan aktifkan fungsi ATm Cash-Out.
Cara Buat Pengeluaran Guna Khidmat ATM Cash-Out Maybank
Aktifkan ciri pada apps MAE dulu.
Anda perlu menunggu tempoh selama 24 jam sebagai tujuan
semakan keselamatan sebelum boleh mengunakannya.
Sekiranya pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS atau
push notification.
Langkah-Langkah Keselamatan
1.
Pastikan tiada siapa berdiri dekat dan boleh
menyaksikan skrin apabila anda log masuk ke apl MAE
2.
Pastikan hadir secara fizikal dari awal hingga
akhir semasa melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM anda, termasuk kutipan
tunai.
3.
Imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM
untuk melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan BUKAN mana-mana kod QR lain
yang diletakkan pada ATM atau dari tempat asing.
4.
Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa
transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Sekiranya anda diminta memasukkan nombor akaun
benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.
5.
Sekiranya anda tidak mengaktifkan ciri
Pengeluaran Tunai ATM tetapi menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) 6 angka
melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan
Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
6.
Jika anda menerima sebarang pemberitahuan
transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak
melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline
Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
7.
Pastikan telefon pintar anda dilindungi PIN,
corak atau biometrik dan JANGAN biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran
log masuk keselamatan telefon anda dengan sesiapa sahaja.
Maklumat Lanjut
• https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia
• https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/digital_banking/faq-atm-
Sumber: portalinfo