Bantuan Kewangan Khas (BKK) Minimum RM1,000 Dibayar Hari Ini: Ini Senarai Mereka Yang Layak
Terdapat pelbagai jenis
bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Negeri dan
Persekutuan) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Antara bantuan kewangan
itu adalah apa yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari
Raya Aidilfitri dari Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah penerangan lanjut
berkenaan bantuan khas ini: –
Jumlah Bayaran
Bantuan Khas Kewangan
(BKK) ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak satu bulan gaji
atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor.
Malah, BKK turut
disalurkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker;
Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota
perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, pihak
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberikan Insentif Rahmah Ramadan
Selangor sebanyak RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK;
Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India,
Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).
Manakala, RM500 pula
diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs) dan para penggerak masjid
iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal atas dedikasi mereka pengimarahan
masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Tarikh Pembayaran
Menurut Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian BKK ini melibatkan peruntukan
kewangan sebanyak RM39.15 juta.
Pembayaran ini akan
disalurkan kepada setiap yang layak pada tarikh 27 April 2022, Rabu.
Diharapkan
pemberian bantuan kewangan ini akan dapat memudahkan dan memeriahkan lagi
sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat, khususnya para penduduk Selangor.
850115125817
ReplyDeleteBorang nak isi ada lagi tk.
ReplyDelete