Waspada Emel Palsu 'Scam' Berkenaan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Waspada EMEL PALSU berkenaan status permohonan Pengeluaran
Khas. Semak dengan teliti alamat emel penghantar, dan jangan klik pautan yang
mencurigakan.
Sekiranya anda berasa sangsi dengan emel yang diterima, sila
hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000 untuk
pengesahan lanjut.
Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan Pengeluaran KWSP
sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April.
CARA SEMAK STATUS
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai
9 April 2022 melalui:
Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my
; atau
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
CARA PEMBAYARAN
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara
pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan
urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
·
Akaun bank (simpanan atau semasa)
·
Akaun bank masih aktif
·
Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli
sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
·
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah
dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
·
Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang
tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
·
Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan
bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus
ke dalam akaun bank.
·
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan
Bayaran di cawangan KWSP.
·
Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di
mana-mana cawangan RHB Bank.
0 Response to "Waspada Emel Palsu 'Scam' Berkenaan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP"