(VIDEO) Penjelasan KWSP Mengenai Permohonan Telah Diterima & Permohonan Tiada Dalam Rekod
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli
yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran
Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses
melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.
Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran
khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Ramai dah buat semakan dan keliru
dengan status permohonan yang dipaparkan terutamanya "Permohonan Anda
telah Diterima". Ini bermaksud permohonan diluluskan atau tidak?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan KWSP
mengenai status permohonan Pengeluaran Khas melalui panggilan telefon bersama
pengguna TikTok yang bernama @hijrahsk :
@hijrahsk GOOD LUCK SEMUA..#kwsp #duitraya #hijrahsrikandi #bicarauntukanda #myelliza ♬ RIP, Love - Faouzia
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja
(single payment).
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat
kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara
pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan
urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
·
Akaun bank (simpanan atau semasa)
·
Akaun bank masih aktif
·
Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli
sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
·
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah
dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
·
Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang
tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
·
Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan
bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus
ke dalam akaun bank.
·
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan
Bayaran di cawangan KWSP.
·
Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di
mana-mana cawangan RHB Bank
Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP
mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i-Akaun (Ahli)
·
Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
·
Kios KWSP
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini
permohonan Pengeluaran Khas?
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai
9 April 2022 melalui:
·
Menu Semak Status Permohonan di
pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
·
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di
i-Akaun (Ahli)
0 Response to "(VIDEO) Penjelasan KWSP Mengenai Permohonan Telah Diterima & Permohonan Tiada Dalam Rekod"