“Terima Kasih Kerana Curang…” – Isteri Raih RM24k Lelong Barang Suami Di FB Live
Kita seringkali mendengar kisah perkongsian kecurangan yang
dilakukan oleh pasangan di media sosial, termasuklah membakar semua barangan
peribadi miliknya.
Namun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu
muda dari Filipina ini apabila mendapat tahu si suami berlaku curang walaupun
sudah memiliki tiga orang cahaya mata.
Lelong barang milik suami di FB Live
Walaupun wanita itu kecewa dengan perbuatan suaminya itu,
dia dilihat tenang dalam menghadapi dugaan rumah tangga.
Apa yang menariknya, wanita yang dikenali sebagai Jamille
Margarita Galvez itu dilihat membuat lelongan kesemua barangan berjenama milik
suaminya di Facebook Live sehingga menarik perhatian warganet.
Begini rupa2nya nak buang sampah sambil dapat duit
Menurut sumber, wanita itu berseloroh kepada warganet yang
mengikuti jualan lelong di Facebook Live miliknya bahawa dia tidak mahu
membazir dengan membuang barangan tersebut, sebaliknya mahu mendatangkan hasil
yang menguntungkan seperti memperoleh wang.
Tambahnya, kesemua barangan berharga seperti kemeja, topi
dan kasut milik suaminya itu besar kemungkinan sudah terkena ‘kutukan’ lelaki
curang.
Siap boleh dapat untung bersih RM24k
Melihat kepada tindakan bijak yang dilakukan oleh wanita
ini, dia dikatakan berjaya meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Filipina Peso
bersamaan dengan RM 24257.70,
Jadi, wanita itu sempat memberikan nasihat kepada para
isteri di luar sana supaya menjual kesemua barangan peribadi milik suami
sekiranya mereka berlaku curang.
Ini kerana ia boleh mendatangkan keuntungan, berbanding
membazir dengan begitu saja.
Sumber: Facebook Jamille
Margarita Galvez
0 Response to "“Terima Kasih Kerana Curang…” – Isteri Raih RM24k Lelong Barang Suami Di FB Live"