Tempahan Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula 9-17 April
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia
melancarkan promosi Tempat Duduk Percuma, yang menawarkan tempat duduk percuma
bagi kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi airasia Super
App.
Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April
2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023.
Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Alor Setar, Johor
Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu, manakala destinasi antarabangsa
termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Siem
Reap, kata syaraikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, tambang termasuk semua untuk promosi itu ke
destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi
antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.
"Tekan pada ikon 'Flights' di airasia Super App untuk
merancang percutian anda. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan
airasia poin semasa membuat pembayaran," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Komersial Mai Yin Tan berkata berikutan
pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April, serta sempadan negara jiran di
rantau ASEAN, terdapat peningkatan mendadak dalam permintaan penerbangan
domestik dan antarabangsa di semua platform AirAsia.
"Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang
bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran,"
katanya.
-- BERNAMA
0 Response to "Tempahan Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula 9-17 April"