Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Pemohonan Pengeluaran Khas RM10K boleh dibuat pada 1 April
Sehingga Hujung bulan.
Jadi, bagi ahli yang sudah berjaya membuat permohonan anda
pasti ingin tahun tarikh semakan status pemohonan Pengeluaran Khas KWSP
memandangkan tarikh pembayaran bermula 20 April.
Bilakah Tarikh Semakan Permohonan ?
Semakan status permohonan ini anda boleh buat mulai 9
APRIL 2022.
Namun, ia bergantung kepada tarikh anda mohon.
Tarikh Bayaran Akan Dibuat
Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April
ini
Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran
Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja.
Jumlah Amaun Pengeluaran Dan Kaedah Pembayaran Wang
·
Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala
pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2.
Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
·
Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100
dalam Akaun 1.
·
Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah
tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah
sebelum melakukan permohonan.
·
Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan
keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Siapakah Individu Layak Mohon Pengeluaran?
Pengeluaran Khas KWSP adalah untuk semua ahli KWSP yang
berumur di bawah 55 tahun tanpa sebarang pengecualian.
Berapakah Jumlah Pengeluaran?
Menurut KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM
50 manakala maksimum adalah RM 10,000.
Pilihan Akaun Yang Dibenarkan
Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki
Akaun 2 terlebih dahulu namun jika tidak cukup anda boleh mengeluarkan dari
Akaun
0 Response to "Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP"