Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia
Seluruh umat lslam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah
puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2022) mulai pada tarikh 3 April 2022
(Masihi), Hari Ahad Bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)
Pemakluman berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan
rujukan MYsumber terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam terbitan Panel
Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2022 Masihi/
1443-1444 Hijrah bagi Malaysia
Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2022 bagi
negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui
radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 29 Syaaban 1443H
Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia
Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam
yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
seperti di bawah, 1 Ramadhan 1443 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 3 April
2022 (Hari Ahad)
0 Response to "Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia"