Tarikh Akhir Bayaran BKM Fasa 1 Pada 8 April
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 sudah
dikreditkan bermula 28 Mac lepas manakala tarikh akhir bayaran BKM Fasa 1 ialah
pada 8 April.
Sekiranya anda lulus BKM Fasa 1 tetapi belum menerima
pembayaran, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga 8 April ini.
Hal ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 ini dilaksanakan secara
berperingkat bermula28 Mac sehingga 8 April.
Tarikh Rayuan BKM Fasa 1
Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh
membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang
benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada 3 Mei untuk tempoh
sebulan.
Jumlah Bantuan
Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah
berjumlah RM2,000.
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya:
·
Bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada penerima
isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat.
·
Bantuan tambahan RM300 kepada penerima isi rumah
berstatus warga emas.
Jumlah Keseluruhan
Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
RM2,500.
Kaedah Bayaran
Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) 2022:
1. Isi Rumah, Warga Emas, Bujang
·
Terus dikreditkan ke akaun bank.
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal
kredit
·
Boleh membuat penebusan tunai melalui cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 30 Mac.
Cara Semak Status
Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan:
·
Layari laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID
pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.
Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’,
‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik
‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini
Permohonan’.
0 Response to "Tarikh Akhir Bayaran BKM Fasa 1 Pada 8 April"