Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Tahun 2022 Untuk B40 Dan M40
Senarai penuh bantuan kerajaan tahun 2022 untuk B40 dan
M40.Kepada mereka yang telah memohon atau mengemaskini Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) dan telah diluluskan permohonannya, pembayaran BKM Fasa 1 akan
bermula pada 28 Mac ini.
Namun begitu, bukan BKM sahaja bantuan kerajaan yang
diperkenalkan di bawah Bajet 2022. Makanya, berikut adalah senarai
tarikh-tarikh penting pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan untuk golongan B40
dan M40.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan pada asasnya merupakan bantuan
kewangan yang diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dari
kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.
Melalui Bajet 2022, BAP telah dinaikkan kepada RM150
berbanding RM100 sebelumnya. Berkenaan dengan tarikh pelaksanaan BAP,
pembayaran untuk murid Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 telah pun diberikan pada 17
Januari 2022 lalu.
Manakala, murid Tahun 1 yang mula mendaftar masuk sekolah
pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dibuat selepas proses pendaftaran selesai
(selepas 21 Mac 2022).
Bantuan Tablet Percuma untuk B40
Melalui program bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia,
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari kalangan B40 akan menerima tablet
percuma bagi memudahkan urusan pengajian mereka.
Berdasarkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan
Sri Annuar Musa, permohonan program ini akan dibuka pada pertengahan bulan
April 2022.
Bantuan e-Dompet RM150
Bantuan e-Dompet di bawah Bajet 2022 ini dikenali sebagai
eStart dan diberikan kepada belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun serta
juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Nilai eStart adalah sebanyak RM150 yang akan dikreditkan ke
dalam akaun e-Dompet belia-belia yang layak bagi menggalakkan perbelanjaan
secara tanpa tunai. Bantuan ini dijangka akan bermula selepas selesai
pelaksanaan Peranti Siswa Keluarga Malaysia (tarikh rasmi akan diumumkan oleh
pihak kerajaan).
Diskaun Bayaran Balik PTPTN
Bagi meringankan beban dan menggalakkan pembayaran balik
hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan
akan memberikan diskaun dengan nilai-nilai berikut:
Diskaun 15%: Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh
pinjaman;
Diskaun 12%: Untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus
daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
Diskaun 10%: Untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau
debit terus mengikut jadual.
Tawaran diskaun ini dibuka bermula pada 1 November 2021
sehingga 30 April 2022.
Skim Jaminan Kredit Perumahan
Bagi memudahkan golongan tidak mempunyai pendapatan tetap
seperti daripada sektor pekerjaan gig, peniaga kecil dan petani membeli rumah –
pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim Jaminan Kredit Perumahan.
Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2
bilion kepada bank bagi memberi akses pembiayaan membeli rumah. Tarikh
pelaksaan skim ini telah dibuka sejak 1 Januari 2022 selaras dengan
terlaksananya Bajet 2022.
Takde pun sebut utk M40
ReplyDeleteDoa kan wira pm najib kita supaya menjadi pm kita kembali.
ReplyDeletegila ker nak perompak jadi pm balik...
ReplyDeleteHhahahahah
ReplyDelete