Rujuk Cara Semak Disini | Esok Dah Boleh Semak Status LULUS Pengeluaran Khas RM10K KWSP – 9 April 2022
Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran
Khas boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).
Sehubungan dengan itu, pihak KWSP telah memberikan maklumat
bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi
kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Setiap ahli boleh
terus melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah pihak KWSP
disediakan.
Langkah Melakukan Semakan Status LULUS Pengeluaran Khas
KWSP RM10k
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran
Khas mulai 9 April 2022 melalui:
1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
2. Klik butang ‘Semakan Status’
3. Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
4. Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau
TIDAK. Sila rujuk penjelasa di bawah:
·
Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda
mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak
RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah
RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
·
Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP
akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC
hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan
pengesahan cap ibu jari. Sila KLIK DI SINI
untuk lokasi.
Langkah Permohonan Khas KWSP RM10K
Sila rujuk langkah Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
seperti di bawah:
1. Sila layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Sila isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Sila tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui
pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan
4. Sila tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A
atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
·
Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN
PILIHAN PENGELUARAN
·
Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan
menaip amaun pilihan.
5. Sila tekan TERUSKAN
6. Sila lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan
kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Sila semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan
Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10k
Berdasarkan pemberitahuan yang telah dilakukan pada 16 Mac
lalu, pihak KWSP ada berkongsi maklumat mengenail permohonan pengeluaran ini akan
dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh
permohonan iaitu pada 30 April ini.
Pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada
20 April 2022.
Jumlah Minimum & Maksimum Pengeluaran Khas RM10k
Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah
RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.
Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam
Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk
mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.
Cara Pembayaran
Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu
bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau
semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan
bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah
nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran
Khas RM10k
Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP
RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan
maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:
·
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
·
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
·
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter |
Instagram)
·
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
0 Response to "Rujuk Cara Semak Disini | Esok Dah Boleh Semak Status LULUS Pengeluaran Khas RM10K KWSP – 9 April 2022"