Ramai Yang Alami Permohonan RM10,000 KWSP Ditolak? Ketahui Sebab Utama Mengapa Ianya Berlaku
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP
membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran
dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih
daripada pandemik COVID-19.
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
• Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum
RM10,000.
• Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
• Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
• Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah
simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi
pembayaran Pengeluaran Khas?
Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya
simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan
dalam Akaun 1 akan digunakan.
Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah
seperti berikut:
Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di
dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar
ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat
sebagai ahli KWSP.
Sebab Utama Ramai Tidak Lepas Permohonan RM10,000 KWSP
Ramai pencarum yang tidak dapat memohon permohonan RM10,000
KWSP. Menurut laman web pengeluaran khas, menjelaskan permohonan tidak dapat
diteruskan kerana baki dalam akaun kwsp kurang daripada RM150.
Sebab utama anda tidak layak adalah baki di dalam akaun KWSP
tidak mencukupi dan tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan.
Anda tidak layak kerana ahli perlu untuk mengekalkan
baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1 serta baki akaun 2 kurang daripada
RM50.
Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?
Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja
(single payment).
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat
kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara
pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan
urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
• Akaun bank (simpanan atau semasa)
• Akaun bank masih aktif
• Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri
(bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
• Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan
untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
• Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak
dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
• Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran
pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam
akaun bank.
• Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di
cawangan KWSP.
• Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana
cawangan RHB Bank.
Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP
mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i-Akaun (Ahli)
• Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
• Kios KWSP
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini
permohonan Pengeluaran Khas?
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai
9 April 2022 melalui:
• Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my;
atau
• Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun
(Ahli)
0 Response to "Ramai Yang Alami Permohonan RM10,000 KWSP Ditolak? Ketahui Sebab Utama Mengapa Ianya Berlaku"