Ramai Telah Berjaya Menebus Bantuan e-Dompet RM150: Ini Cara Menebus Di Telefon Masing-masing
Melalui Bajet 2022, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif
telah diperkenalkan boleh pihak kerajaan bagi meringankan beban dan membantu
mereka yang memerlukan.
Dalam masa sama, pihak kerajaan juga berusaha untuk
menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui e-dompet – dengan
mengenalkan sebuah program yang dikenali sebagai e-Pemula sebanyak RM150.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
Bantuan e-Dompet ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang
berumur antara 18 hingga 20 tahun pada 2022 iaitu lahir pada tahun 2002, 2003
dan 2004.
Bantuan ini turut diberikan kepada sebarang umur yang
belajar sepenuh masa di mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) awam/swasta
yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Data belia akan
disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan
yang berkenaan
Cara Menebus
Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kewangan Malaysia
– penebusan e-Pemula boleh dibuat bermula pada 11 April 2022 sehingga 1
Jun 2022 melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay,
GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
·
Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti
arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut;
·
Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi
identiti pengguna secara elektronik;
·
Di aplikasi e-tunai pilihan pemohon, masukkan
maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan e-Pemula dan tekan “Hantar”;
·
Pemohon akan dimaklumkan sekiranya tuntutan
berjaya.
Dimaklumkan juga bahawa kredit tersebut boleh dibelanjakan
sehingga 10 Jun 2022. Namun ia hanya boleh digunakan bagi pembayaran runcit
dalam kedai dan tidak melibatkan sebarang urusan berikut:
·
Pemindahan kredit e-Dompet;
·
Pembayaran untuk bil, prabayar, pasca bayar dan
kredit permainan;
·
Pembayaran tol melalui RFID dan PayDirect;
·
Pembelian dalam talian.
Bagi maklumat lanjut berkenaan e-Pemula, sila rujuk – DI SINI.
0 Response to "Ramai Telah Berjaya Menebus Bantuan e-Dompet RM150: Ini Cara Menebus Di Telefon Masing-masing"