Pihak KWSP Umum Cara Semak Akaun Bank Anda Untuk Menerima Wang Sehingga RM10,000 pada 20 April Ini
Pihak KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran
ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan
berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April
2022.
Untuk menyemak kelulusan pula, semakan status permohonan
boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Jika anda sudah semak kelulusan, anda perlu memastikan akaun
bank anda memenuhi beberapa syarat agar wang itu berjaya dikreditkan seperti
yang anda kehendaki.
Berikut syarat-syarat akaun bank yang diterima untuk
pengkreditan
Seperti yang dinyatakan pihak KWSP sebelum ini, pembayaran
akan dilakukan dalam satu bayaran sahaja. Dan ia akan dikreditkan ke dalam
akaun bank simpanan atau semasa ahli. Akaun bank itu mestilah:
·
masih aktif
·
di bawah nama ahli sendiri
Berikut syarat-syarat akaun bank yang tak diterima untuk
pengkreditan
Terdapat beberapa jenis akaun bank yang tidak dibenarkan
untuk pengkreditan. Akaun bank tersebut adalah:
·
Akaun bersama atau
·
yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah
tidak dibenarkan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh
diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di
www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline
Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.
0 Response to "Pihak KWSP Umum Cara Semak Akaun Bank Anda Untuk Menerima Wang Sehingga RM10,000 pada 20 April Ini"