Petanda Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Anda Telah Diluluskan
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 akan mula dibuka 1
April ini seperti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan dan KWSP.
PETANDA PERMOHONAN KHAS DILULUSKAN
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka pada 1 April
2022. Para pencarum berpusu-pusu membuat permohonan.
Sekiranya anda boleh membuat permohonan, kebarangkalian
untuk anda lulus adalah tinggi. Hal ini kerana Pengeluaran Khas ini tidak
mengenakan apa-apa syarat pengeluaran. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan
pencarum sama seperti pengeluaran i-Citras sebelum ini.
Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai Pengeluaran Khas
KWSP ini.
PERMOHONAN PENGELUARAN RM10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS
KWSP umum permohonan pengeluaran RM10,000 hanya melalui
portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP.
Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.
MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN
Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan
permohonan pastikan :
1.
Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan
KWSP
2.
Baki simpanan KWSP disemak
3.
Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau
Semasa)
4.
Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama
atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh
memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.
CARA MOHON PENGELUARAN KHAS
Melalui Facebook rasmi KWSP, ahli boleh membuat permohonan
melalui 2 cara iaitu
melalui i-Akaun KWSP atau permohonan online melalui portal
rasmi pengeluaran.
Mohon melalui i-Akaun
·
Kepada ahli yang mempunyai i-Akaun anda boleh
memuat turun aplikasi i-Akaun atau log masuk daripada portal rasmi KWSP untuk
membuat permohonan.
Mohon melalui portal rasmi Pengeluaran Khas
·
Selain itu, cara lain untuk ahli membuat
permohonan adalah melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ yang disediakan
oleh pihak KWSP.
·
Layari portal khas di atas.
·
Isikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit
·
Klik TERUSKAN dan sahkan identiti melalui Nombor
OTP atau soalan keselamatan
·
Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran A atau B
·
Tekan Teruskan
·
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran
dan kaji selidik. Tekan teruskan.
·
Semak maklumat dan tandakan seterusnya tekan
Hantar.
PENGELUARAN KHAS KWSP RM 10,000
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP
membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran
dalam tempoh fasa peralih ke endemik.
AHLI YANG PERNAH MOHON PENGELUARAN KHAS SEBELUM INI TURUT
LAYAK
Pencarum yang pernah membuat pengeluaran melalui i-Lestari,
i-Sinar dan i-Citra turut layak membuat Pengeluaran Khas ini tergantung dengan
baki wang simpanan anda.
JUMLAH PENGELUARAN
Pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 dan minimum RM 50
sahaja. Walau bagaimanapun, ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM
100 dalam Akaun 1.
CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu kali bayaran sahaja
atau one-off.
0 Response to "Petanda Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Anda Telah Diluluskan"