PERMOHONAN BKM : BANTUAN TAMBAHAN BKM RM500 KEPADA MEREKA YANG LAYAK l SEMAK SEGERA
Permohonan BKM : Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka
Yang Layak.
Kerajaan telah mengumumkan pemberian terbaru berkenaan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi
Fasa 1 yang tergolong dari kategori Isi rumah, Warga emas/ tiada pasangan dan
bujang berdasarkan beberapa kelayakan.
Sehubungan itu, kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan
telah memberikan sumbangan tersebut pada tarikh pembayaran Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) pada bulan Mac. Pembayaran telah dibayar melalui kredit ke Bank
pemohon yang sudah membuat permohonan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada
1 hingga 31 Januari 2022. Pelancaran BKM telah memanfaatkan sekitar 9.6 Juta
penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bantuan ini telah menolong serba sebanyak mereka yang dari
golongan berkeluarga, warga emas dan bujang. Namun begitu, bantuan BKM
mempunyai satu lagi bantuan tambahan berjumlah RM500 bagi memastikan
kelansungan hidup kepada beberapa golongan.
BANTUAN TAMBAHAN BKM BERJUMLAH RM500
Pasca pemberian bantuan BKM baru-baru ini, terdapat bantuan
tambahan khas BKM kepada mereka yang layak. Bantuan itu dikenali bantuan
tambahan atas jumlah RM500 kepada mereka yang sebelum ini lulus menerima
bantuan BKM sebelum ini. Bantuan sebanyak RM500 itu adalah sebagai bantuan
untuk mencukupkan bantuan BKM yang sebelum ini dianggap tidak cukup kepada
mereka yang menerima BKM.
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Menerima Bantuan Tambahan
BKM?
Syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah
bergantung pada bancian rakyat Malaysia sebelum ini. Menurut data dari rakyat
Malaysia , Kerajaan Malaysia telah menyusun masyarakat Malaysia mengikut
kategori yang diaturkan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan
Tambahan BKM:
·
Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu
atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
·
Penerima kategori isi rumah berstatus warga
emas.
Berapakah Kadar Jumlah Bantuan Yang Diberikan?
Jumlah bantuan BKM bagi Fasa 1 setakat ini maksimum adalah:
·
RM2,000
Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:
·
RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang
mempunyai anak menepati syarat
·
RM300 kepada penerima isi rumah bestatus
warga emas
Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan
tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:
·
RM2,500
Berkenaan Bantuan
Tambahan BKM, Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke
bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000.
Oleh itu, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik
anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda
sebanyak RM2,500.
Bilakah Tarikh Pembayaran BKM?
Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan
dikreditkan secara berperingkat.
Sebarang persoalan anda boleh layari laman web rasmi BKM.
Layari Laman Web BKM di:
Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga
Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:
·
Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
·
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
·
E-Mel : bkm@treasury.gov.my
·
Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
” Yang Kurang Dibantu, Yang Cukup mem
Permohonan BKM : Bantuan Tambahan BKM RM500 Kepada Mereka
Yang Layak.
Kerajaan Malaysia telah tekad dan sentiasa untuk membantu
mereka yang dari golongan berpendapatan rendah dan yang memerlukan sokongan
hidup. Oleh itu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif kerajaan
dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan
kemerosotan ekonomi. Bantuan Tambahan BKM ini juga telah membuktikan adanya dan
fahamnya kerajaan terhadap sesetengah golongan yang memerlukan bantuan yang
lebih kerana mempunyai tanggungan.
0 Response to "PERMOHONAN BKM : BANTUAN TAMBAHAN BKM RM500 KEPADA MEREKA YANG LAYAK l SEMAK SEGERA"