Penjelasan KWSP Mengenai Maksud Status Permohonan Pengeluaran Khas Yang Ramai Keliru
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa
ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan
Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang
boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.
Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran
khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Ramai dah buat semakan dan keliru
dengan status permohonan yang dipaparkan terutamanya "Permohonan Anda
telah Diterima". Ini bermaksud permohonan diluluskan atau tidak?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan KWSP
mengenai status permohonan Pengeluaran Khas yang dipaparkan.
Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP
·
Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9
April 2022.
·
Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20
April 2022.
Maksud Status Anda
Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA, ini maksudnya
menurut KWSP:
·
Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima,
sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
·
Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022
Jika anda menerima status TIADA REKOD seperti di bawah, ini
maksudnya menurut KWSP:
·
Semak semula dan pastikan maklumat yang
dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
·
Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi
hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat
lanjut.
0 Response to "Penjelasan KWSP Mengenai Maksud Status Permohonan Pengeluaran Khas Yang Ramai Keliru"