Pengeluaran KWSP: Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum 20 April 2022
Sejak minggu ini, rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) telah berkongsi di media sosial mengenai permohonan pengeluaran
RM10,000 mereka.
Walaubagaimanapun, kebanyakan dari mereka tertanya-tanya
adakah status PERMOHONAN DITERIMA itu bermaksud lulus atau masih dalam proses?
APA MAKSUD PERMOHONAN DITERIMA?
Menurut kenyataan KWSP sebelum ini, semakan status
permohonan diterima adalah merupakan prosedur umum permohonan yang membolehkan
pemohon membuat semakan & memastikan permohonan yang dihantar tidak
mempunyai isu-isu lain.
Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan
Pengeluaran Khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/OTC.
Terdapat beberapa yang anda perlu kemaskini termasuklah
nombor telefon KWSP yang tidak aktif.
1) Kemaskini Nombor
Telefon KWSP
Sebarang pengemaskinian nombor telefon KWSP anda perlu
mengunjungi kiosk KWSP yang terdekat.
Ikuti langkah-langkah berikut :
·
Pergi ke kiosk KWSP
·
Sentuh skrin di kiosk KWSP
·
Buat pilihan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris
·
Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu
bahagian sebelah kiri kiosk
·
Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang
disediakan untuk mengesahkan identiti anda
·
Seterusnya, ikuti arahan seperti yang terpapar
di skrin untuk kemaskini nombor telefon KWSP
·
Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk
kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di
premis tersebut
·
Selesai urusan tukar nombor telefon di KWSP
2) Kemaskini Kata Laluan KWSP
Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun
kemaskini kata laluan i-Akaun
·
Log masuk i-Akaun
·
Klik Profil dan klik tukar kata laluan
·
Masukkan kata laluan semasa
·
Masukkan kata laluan baru
·
Masukkan pengesahan kata laluan baru
·
Tekan butang hantar
·
Selesai
3) Kemaskini Soalan Dan Jawapan Rahsia KWSP
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan
dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda :
·
Log masuk i-Akaun
·
Klik profil dan tekan Kemas Kini Soalan dan
Jawapan Rahsia
·
Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang
diberikan
·
Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan
yang dipilih
·
Pilih soalan rahsia 1 beserta jawapan
·
Pilih soalan rahsia 2 beserta jawapan
·
Pilih soalan rahsia 3 beserta jawapan
·
Tekan butang hantar
·
Selesai
Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan
kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.
Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan
mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.
0 Response to "Pengeluaran KWSP: Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum 20 April 2022"