Pengeluaran KWSP : Ada Yang Dakwa Sudah Dikredit Masuk Dalam Akaun?
Pengeluaran KWSP : Ada
yang dakwa sudah dikredit masuk dalam akaun? Walaupun bayaran pengeluaran khas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadualkan 20 April ini, namun terdapat
dalam kalangan pemohon yang amat mengharapkan perkara itu dapat berlaku dalam
minggu ini.
Antara alasan mereka
adalah kesempitan hidup, menyara perbelanjaan ekoran tempias fasa pandemik
Covid-19 dan memerlukan wang untuk berbelanja bagi persiapan sambutan Hari Raya
Aidilfitri tidak lama lama.
Berdasarkan tinjauan
Utusan Malaysia di akaun Facebook Pengeluaran Khas KWSP 2022, didapati ruangan
dipenuhi dengan komen orang ramai yang mahu bayaran wang dapat dilakukan segera
kerana keperluan mendesak dan amat memerlukan wang segera.
Malah tidak kurangnya
masih keliru tarikh bayaran sedangkan KWSP sebelum ini pernah memaklumkan duit
akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing bermula 20 April depan.
“Siapa dah semak tarikh
duit KWSP bila, sila info,” kata pengguna Facebook, Mazuin Salleh.
Selain itu, ada pihak
mengambil kesempatan khabar angin bahawa bayaran pengeluaran khas akan
dimasukkan hari ini atau esok sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati
sesetengah pihak.
“Aku nak tanya, siapa
yang cakap 14hb ini check (semak) kelulusan. Datang mana info ni. Jangan
memandai-mandai tiba-tiba nak jadi orang KWSP pula,” soal Bro Barkoba.
Ada tidak kurangnya yang
terkeliru berkenaan status permohonan antara diterima atau diluluskan.
“Hi nak tanya ramai lagi
ke belum lulus, sebab status saya masih ‘Permohonan anda telah diterima’.
Kenapa?” Tanya Narmatha Manirajoo.
Pada 9 April lalu, orang
ramai boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000
secara one-off di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.
Permohonan pengeluaran
khas tersebut mula dibuka 1 April lalu sehingga 30 April ini.
Ia susulan pengumuman
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu bagi
meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik
Covid-19.
Bayaran bagi pengeluaran
khas itu dijangka dibuat secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak
bermula 20 April ini.
–
UTUSAN
0 Response to "Pengeluaran KWSP : Ada Yang Dakwa Sudah Dikredit Masuk Dalam Akaun?"