Pengeluaran Khas KWSP: Semakan Status Permohonan
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai
pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status
permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.
Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP
maksimum sehingga RM10,000:
·
Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55
tahun
·
Tarikh permohonan bermula 1 April - 30 April
2022
·
Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022
·
Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga
maksimum RM10,000
·
Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki
simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui portal
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun
yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022
di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran
> Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
1.
Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
2.
Warganegara dan bukan warganegara termasuk
pemastautin tetap
3.
Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya
RM150
Kaedah Pembayaran & Amaun Pengeluaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja
(single payment).
Amaun pengeluaran:
1.
Minimum: RM50
2.
Maksimum: RM10,000
3.
Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum
RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1
akan digunakan.
4.
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100
dalam akaun 1
5.
Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja
(single payment) bermula 20 April 2022.
6.
Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak
dibenarkan
7.
Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan
berbanding pengeluaran lain.
Persediaan Kelancaran Urusan Pengeluaran
Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan
permohonan dan semakan baki.
Pastikan:
1.
Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan
KWSP
2.
Baki simpanan KWSP disemak
3.
Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau
semasa)
4.
Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun
bersama atau akaun syarikat
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi
KWSP di
https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
0 Response to "Pengeluaran Khas KWSP: Semakan Status Permohonan"