Pengeluaran Khas KWSP: Berapa Amaun Pengeluaran Dibenarkan Berdasarkan Baki Akaun 1 & 2? Ini Contoh Situasi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa
ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan
Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang
disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April
2022.
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan
minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum
mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak
RM100 dalam akaun mereka.
Berapa amaun pengeluaran dibenarkan berdasarkan baki yang
ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa
amaun yang anda boleh keluarkan berdasarkan baki yang ada.
AMAUN PENGELUARAN DIBENARKAN BERDASARKAN BAKI
Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya
simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu.
Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan
digunakan.
llustrasi penggunaan Simpanan Akaun 1 dan Akaun 1 adalah
seperti berikut:
Walaubagaimanapun, tidak semestinya anda buat permohonan
pengeluaran semaksima mungkin atau buat pengeluaran sehingga habis simpanan.
Pastikan anda buat pengeluaran mengikut jumlah yang
diperlukan sahaja bagi memastikan simpanan anda kekal untuk
kegunaan akan datang.
BAKI PERLU DIKEKALKAN
Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam
Akaun 1. Ahli TIDAK LAYAK kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya
RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar
ahli KWSP dapat mengekalkan status
sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.
KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara
pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah
dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
·
Akaun bank (simpanan atau semasa)
·
Akaun bank masih aktif.
·
Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli
sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan
untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas KWSP, anda
boleh rujuk FAQ di laman https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
0 Response to "Pengeluaran Khas KWSP: Berapa Amaun Pengeluaran Dibenarkan Berdasarkan Baki Akaun 1 & 2? Ini Contoh Situasi"