Pengeluaran Khas KWSP: Ahli Perlu Pastikan Akaun Penuhi 3 Syarat Ini, Mudahkan Proses Pembayaran
Berikutan permohonan Pengeluaran Khas yang telah dibuka
hingga 30 April 2022 ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah
memaklumkan beberapa maklumat ringkas untuk rujukan ahli.
Menerusi laman web KWSP mengingatkan orang ramai bahawa
permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal Pengeluaran
Khas.
Menurut KWSP, bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar
secara pengkreditan terus ke dalam akaun ahli. Justeru, bagi memastikan proses
pengkreditan berjalan lancar, ahli-ahli perlu memastikan akaun yang dimiliki
memenuhi tiga syarat berikut.
Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan
urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar?
Pertama, ahli perlu memiliki akaun bank (simpanan atau
semasa). Kedua, ahli perlu memastikan akaun bank berkenaan masih aktif.
Manakala syarat yang ketiga dan terakhir, akaun bank tersebut
didaftarkan di atas nama ahli sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun
syarikat.
KWSP beri ‘peringkatan’ kepada ahli yang tiada akaun bank
atau berstatus muflis
Bagaimanapun, KWSP telah menyenaraikan beberapa peringkatan
kepada ahli yang memohon Pengeluaran Khas tetapi tidak mempunyai akaun bank
atau berstatus muflis.
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan
untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
Selain itu, Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang
tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran
pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam
akaun bank.
Bukan itu sahaja, ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan
Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di
mana-mana cawangan RHB Bank sahaja.
Terdahulu, dalam satu sidang media lalu, Perdana Menteri
berkata Pengeluaran Khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara
keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP
melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion.
Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19
melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran
pra-persaraan yang diperkenalkan sebagai langkah sementara.
Langkah tersebut membantu kelangsungan hidup ahli dalam
menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: KWSP
0 Response to "Pengeluaran Khas KWSP: Ahli Perlu Pastikan Akaun Penuhi 3 Syarat Ini, Mudahkan Proses Pembayaran"