Pengeluaran Khas: Ini Maksud Permohonan Diterima
Hari ini, 9 April 2022 merupakan tarikh rasmi untuk
melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP. Pautan semakan
dibuka secara rasmi tepat jam 11 malam, 8 April 2022.
Ribuan ahli terus melakukan semakan status permohonan, ada
yang menerima paparan 'Permohonan Diterima', 'Permohonan Tidak Berjaya' bahkan
terdapat ahli yang menerima paparan 'Tiada Dalam Rekod'.
Maksud Permohonan Diterima (Pengeluaran Khas)
Terdapat beberapa perspektif dalam semakan status kali ini,
Pertama) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut
membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun
yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.
Kedua) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut
tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang
melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan
diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.
Berikut adalah dua perspektif yang dapat disimpulkan
daripada paparan semakan status ini. Sepatutnya, KWSP memaklumkan lebih awal
kepada ahli agar tidak keliru berkenaan semakan status tersebut kerana perkara
ini sangat penting dan ramai ahli menantikan keputusan sejak permohonan dibuka.
Kesimpulannya, diharap ahli dapat menantikan penjelasan
lengkap oleh pihak KWSP berkenaan keputusan semakan status Pengeluaran Khas
kali ini.
Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi
permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10
malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan
dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.
KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU
melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana
cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan
semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu
dibuat sekiranya LULUS permohona dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK
LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan
berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.
Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli
keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran
Khas mulai 9 April 2022 melalui:
·
Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
·
Klik ‘Teruskan’
·
Klik ‘Semakan Status Permohonan’
·
Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
·
Isi No Telefon Bimbit
·
Sahkan Captcha
·
Klik ‘Semak Status’
·
Keputusan Permohonan Dipaparkan
·
Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda
mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
·
Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran
sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan
dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
·
Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP
akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
0 Response to "Pengeluaran Khas: Ini Maksud Permohonan Diterima"