Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K. Ini Maklumat Anda Perlu Tahu
Ramai yang tidak sabar menunggu tarikh pembayaran
Pengeluaran Khas KWSP yang akan bermula pada 20 April 2022 (Rabu).
Walaupun status permohonan KWSP di portal masih lagi dalam
keadaan "PERMOHOAN ANDA TELAH DITERIMA", tetapi ramai yang
berpandangan status tersebut bermaksud LULUS.
Namun menurut KWSP ia bermaksud Permohonan Pengeluaran Khas
anda telah diterima, disemak dan akan diproses secara berperingkat.
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai
pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status
permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022
di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran
> Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP
maksimum sehingga RM10,000:
· Permohonan
terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
· Tarikh
permohonan bermula 1 April - 30 April 2022
· Pembayaran
akan bermula pada 20 April 2022
· Jumlah
pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
· Jumlah
pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan
daripada akaun 1 akan diakses
Kaedah Pembayaran & Amaun Pengeluaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja
(single payment).
Amaun pengeluaran:
1. Minimum: RM50
2. Maksimum:
RM10,000
3. Amaun
pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan
akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
4. Meninggalkan
baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
5. Pembayaran
dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
6. Pembatalan
permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
7. Bayaran
pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Maksud Status Anda
Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA, ini maksudnya
menurut KWSP:
Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang
disemak dan akan diproses secara berperingkat.
· Bayaran akan
dibuat pada 20 April 2022
Jika anda menerima status TIADA REKOD seperti di bawah, ini
maksudnya menurut KWSP:
Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah
sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
· Sekiranya
masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922
4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah...semoga di mudahkan segala urusan....aaaminnn..
ReplyDeletecolombusbinlamuji nombor ic 800618125135 alamat rumah BLK C 5 14 JALAN PELANGI 1 TAMAN PELANGI 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG nombor akaun Affin Bank 200590515821 mahu dikasi keluar duit dari KWSP saya sebanyak 500.00
ReplyDelete