Pembayaran ‘One-Off’ Bermula 20 April Ini, KWSP Pesan Pastikan Nombor Akaun Bank Aktif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat bayaran
bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran (One-off) kepada pencarum yang
layak bermula 20 April ini.
KWSP bantu ahli yang terkesan dengan pandemik
KWSP menerusi satu kenyataan pada Selasa turut menyenaraikan
beberapa syarat kelayakan pengeluaran khas seperti yang diumum Perdana Menteri,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
KWSP menetapkan
syarat pengeluaran adalah bagi pencarum warganegara dan bukan
warganegara serta pemastautin tetap berumur 55 tahun ke bawah dengan jumlah
simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun berkenaan.
Amaun pengeluaran minimum RM50, maksimum RM10,000 tertakluk
kepada baki simpanan Akaun 2 dan jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan
dengan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun berkenaan.
“Pembatalan permohonan serta pindaan amaun tidak dibenarkan
dan bayaran pengeluaran khas tersebut diberi keutamaan berbanding pengeluaran
lain.”
Ahli boleh dapatkan nasihat percuma mengenai simpanan
Menurut KWSP lagi, ahli boleh berjumpa dengan Pegawai
Khidmat Nasihat di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat
secara percuma mengenai simpanan KWSP mereka.
KWSP juga turut mengingatkan pencarum untuk memastikan
nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP serta nombor akaun bank
adalah aktif (Simpanan atau Semasa). Selain itu, sentiasa menyemak baki
simpanan KWSP dan memastikan akaun diatas nama ahli sendiri dan bukan akaun
bersama atau akaun syarikat.
Bagi pencarum yang tidak boleh mempunyai akaun bank, mereka
boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.
Untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan pengeluaran khas
boleh diperoleh dengan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di
www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi hotline
Pengeluaran Khas di talian 03-89224848, bermula 1 April ini.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Berita Harian, Sinar
Harian
0 Response to "Pembayaran ‘One-Off’ Bermula 20 April Ini, KWSP Pesan Pastikan Nombor Akaun Bank Aktif"