MyCRS: Permohonan Subsidi Carseat Kanak-kanak 2022

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

HEBAHAN SUBSIDI CARSEAT @ CRS (BAJET 2022)

 

Berita yang sangat baik untuk para ibu bapa!

 

Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.

 

Kalau anda ingat lagi, dalam Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM 30 juta dan akan tawarkan subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi pembelian carseat kanak-kanak.

 

Difahamkan Kerajaan telahpun memulakan sesi taklimat MIROS kepada penjual carseat kanak-kanak sempena subsidi CRS bernilai RM30 juta yang baru dilancarkan pada Bajet 2022.

 

Program ini akan bermula pada Mac ini tau!

 

Ini bermaksud, jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.

 

Menarik kan?

 

Jom ketahui lebih lanjut tentang subsidi ini, syarat kelayakan, dan cara membuat permohonan.

 

Apakah Subsidi Carseat Kanak-kanak 2022?


Dalam Bajet 2022, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk membantu ibu bapa, khususnya dari golongan B40 untuk memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

 

Keluarga yang layak akan menerima potongan 50% daripada harga asal CRS atau bantuan subsidi sebanyak RM150.

 

Pemberian subsidi ini adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan CRS.

 

Telah banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa.

 

Maka sebab itulah bayi dan kanak kanak perlu duduk dalam kerusi khas keselamatan (child restraint system @ CRS @ carseat.

 

Syarat Kelayakan Subsidi CRS

Kriteria kelayakan penerima subsidi CRS 2022 ini adalah:

 

1. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah

2. Berumur 21 tahun dan ke atas

3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun ke bawah

4. Warganegara yang menetap di Malaysia

5. Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima oleh LHDN / ICU e-Kasih

6. 1 keluarga layak menuntut 1 CRS sahaja

 

Kadar Subsidi

Jumlah subsidi yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah:

 

• 50% daripada harga asal (bagi CRS yang berharga RM300 ke bawah); atau

• Subsidu RM150 maksimum bagi CRS yang berharga RM301 dan ke atas

 

Cara Permohonan Subsidi Carseat 2022

Untuk membuat penebusan subsidi pembelian CRS 2022, pemohon boleh melayari laman web www.mycrs.gov.my. Laman web ini akan diaktifkan dan dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2022.

 

Semakan Status Kelayakan Subsidi Carseat 2022

Status kelayakan penerima subsidi ini akan diumumkan pada April 2022.

 

Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan / kelulusan melalui laman web www.mycrs.gov.my.

 

Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.

 

MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.

 

Apakah itu program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?


Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

 

Bilakah tempoh pendaftaran permohonan program subsidi ini akan dibuka?


Tempoh permohonan baharu program subsidi akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022 sehingga 30 September 2022.

 

Siapakah yang layak memohon subsidi ini?


a. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah

b. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun

c. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun

d. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN

e. Warganegara yang menetap di Malaysia

 

Bagaimana saya boleh memohon untuk menuntut subsidi program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?


a. Anda perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac sehingga 30 September 2022.

b. Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum 31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja

 

Berapakah jumlah subsidi yang layak saya tuntut?


Jumlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan. Berikut adalah jadual program subsidi bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.

Contoh 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.

Contoh 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut

 

Berapakah jumlah bilangan CRS yang boleh saya beli di bawah program subsidi ini?


Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

 

Dimanakah saya boleh membuat tuntutan subsidi pembelian CRS?


Anda boleh membuat tuntutan subsidi di premis yang berdaftar seperti di dalam senarai yang dilampirkan atau dilaman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

 

Berapa lamakah tempoh sah subsidi CRS?


Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.

 

Saya dijangka akan melahirkan anak pada tahun 2022, adakah saya boleh memohon subsidi melalui sistem ini?


Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober 2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 dan bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan mengemukakan emel kepada mycrs@miros.gov.my

 

Maklumat Lanjut

 

Semoga Bermanfaat!


Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.

 

Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !