Musykil Pengeluaran KWSP Lulus Atau Tidak? Ini Petanda Yang Kena Anda Tahu
Musykil pengeluaran KWSP lulus atau tidak? Ini petanda yang
kena anda tahu. Berita baik bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan
RM10,000 daripada akaun KWSP anda, tahukah anda boleh untuk membuat pengeluaran
khas permohonan KWSP RM10,000 melalui portal khas seperti yang baru diumumkan
oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Kami kongsikan kepada anda cara permohonan Pengeluaran Khas
KWSP RM10,000 bermula esok 1 April.
Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON
SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon
Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui
pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan.
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A
atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN).
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN
PENGELUARAN.
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip
amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN.
6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN
dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan
dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat
tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun
bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas
RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000
Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah
RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.
Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam
Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk
mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.
Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu
bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau
semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan
bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah
nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas
RM10,000
Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP
RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau
menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April
ini.
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan
rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan
keluarga.
0 Response to "Musykil Pengeluaran KWSP Lulus Atau Tidak? Ini Petanda Yang Kena Anda Tahu"