Maklumat Terbaru Status Pengeluaran Khas KWSP
Untuk makluman umum, pihak KWSP telah mengumumkan bahawa
semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka bermula 9 April 2022.
Kepada ahli KWSP sudah boleh membuat sebarang semakan berkenaan permohonan
pengeluaran khas tersebut.
Baru-baru ini, terdapat mejoriti ahli KWSP telah membuat
semakan dan telah menerima paparan status “Permohonan diterima” terdapat
juga sebilangan ahli yang menerima paparan berstatus “Permohonan tiada dalam
rekod”
Mengenai status berkenaan, pihak KWSP telah mengeluarkan
penerangan berkenaan maksud sebenar status permohonan yang diterima dan
permohonan yang tiada di dalam rekod.
Di bawah telah disediakan penerangan maksud status
permohonan yang perlu anda ketahui seperti berikut :
Status Permohonan telah diterima
·
Pihak KWSP telah
menerangkan maksud status permohonan telah diterima adalah permohonan anda
telah pun diterima dan kini sedang disemak untuk diproses secara berperingkat.
Status Permohonan tiada di dalam rekod
·
Menerusi penjelasan pihak
KWSP, jika status permohonan anda tiada dalam rekod. Pemohon harus membuat
semakan semula dengan tujuan memastikan maklumat yang diberikan adalah sama
seperti dengan maklumat semasa permohonan dilakukan.
·
Jika semakan semula
telah dibuat dan perkara ini terjadi dengan hal yang sama, ahli perlu
menghubungi pihak pengeluaran khas KWSP ini di talian khas hotline 03 8922 4848
untuk maklumat lanjut.
Nota : Kepada ahli yang menerima paparan status “Permohonan
anda telah diterima” , anda akan menerima pembayaran pengeluaran khas KWSP
mulai 20 April 2022.
Bila boleh membuat semakan status permohonan ?
Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, semakan status
permohonan pengeluaran khas KWSP ini boleh anda buat bermula pada tarikh 9
April 2022.
Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Bagi pengetahuan umum, pembayaran bagi pengeluaran khas
KWSP ini akan dilaksanakan dengan cara dibahagikan kepada 2 seperti berikut :
1.
Kredit ke dalam
akaun Bank penerima – Bayaran untuk
pengeluaran khas KWSP ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun ahli secara
automatik. Pihak KWSP telah memperingatkan supaya ahli memasukkan nomber akaun
yang aktif untuk memudahkan proses pembayaran.
2.
Arahan Pembayaran – Jika ahli tidak mempunyai akaun Bank, ahli dibenarkan
untuk memilih kaedah arahan bayaran untuk pengeluaran khas KWSP ini.
Akaun yang boleh digunakan
Pengeluaran khas kWSP maksimum sehingga RM 10,000 ini
adalah melibatkan akaun simpanan 2 terlebih dahulu, jika baki simpanan akaun 2
tidak mencukupi, akaun 1 akan diakses. Anda turut tidak dibenarkan memilih
jenis akaun bagi membuat pengeluaran.
Maklumat Lanjut
Selain dari pengeluaran khas KWSP
ini, terdapat pelbagai program telah dilancarkan oleh pihak KWSP seperti
i-sayang dan sebagainya. Jika anda ingin semakan berkenaan kemudahan yang telah
disediakan oleh pihak KWSP yang berkelayakan untuk anda, sila ke laman utama
yang telah disediakan – KLIK DISINI
0 Response to "Maklumat Terbaru Status Pengeluaran Khas KWSP"