Maklumat Penting Terkini, RM10K Pengeluaran Khas KWSP, Tarikh Pembayaran, Arahan Bayaran, Status Permohonan
Sejak minggu ini,
rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsi di
media sosial mengenai permohonan pengeluaran RM10,000 mereka.
Walaubagaimanapun,
kebanyakan dari mereka tertanya-tanya adakah status PERMOHONAN DITERIMA itu
bermaksud lulus atau masih dalam proses?
Bila tarikh duit
Pengeluaran Khas KWSP masuk?
Berdasarkan kenyataan KWSP, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Pengkreditan amaun ke akaun bank akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari berkerja.
Sekiranya
lewat daripada tarikh 1 April 2022, contohnya pada pertengahan bulan iaitu 15
April, mungkin anda akan menerima pembayaran lewat daripada 20 April 2022.
Jika
anda mula memohon pada tarikh akhir iaitu 30 April 2022, kemungkina besar anda
akan menjadi penerima yang paling lewat menerima duit KWSP masuk ke dalam akaun
bank.
Cara bayaran arahan bayaran (PO) pengeluaran khas KWSP dan
(DIRECT CREDIT)
Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran pengeluaran khas
KWSP akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam
akaun bank yang aktif milik anda. Sebelum itu, sudahkan anda buat KEMASKINI NO
TELEFON pengeluaran khas KWSP KWSP BAGI PROSES OTP/TAC
ARAHAN BAYARAN (PO) merupakan agihan pembayaran untuk
sesuatau urusan melalui cek ataupun pemindahan wang. ARAHAN BAYARAN (PO) ini
merupakan opsyen yang diberikan oleh pihak kwsp. Anda boleh abaikan ARAHAN
BAYARAN (PO) pengeluaran khas KWSP jika anda memilih untuk menerima bayaran
secara kaedah pengkreditan terus (direct credit) . Namun, jika anda tidak
memiliki akaun bank, anda boleh memilih kaedah ini. Di ingatkan lagi , jangan
lupa buat KEMASKINI pengeluaran khas KWSP
Jika anda memilih bayaran melalui arahan bayaran (PO), anda
akan menerima notis pengambilan bayaran melalui arahan bayaran dari pihak bank
pada tarikh yang ditetapkan .
Apa maksud permohonan diterima?
Menurut kenyataan KWSP sebelum ini, semakan status
permohonan diterima adalah merupakan prosedur umum permohonan yang membolehkan
pemohon membuat semakan & memastikan permohonan yang dihantar tidak
mempunyai isu-isu lain.
Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan
Pengeluaran Khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/OTC.
Terdapat beberapa yang anda perlu kemaskini termasuklah
nombor telefon KWSP yang tidak aktif.
0 Response to "Maklumat Penting Terkini, RM10K Pengeluaran Khas KWSP, Tarikh Pembayaran, Arahan Bayaran, Status Permohonan "