Langkah Login & Semak Penyata Akaun ASB 2022
Sebuah portal telah diwujudkan oleh Pihak Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB) bagi membantu para pelabur Amanah Saham Bumiputra (ASB)
untuk membuat semakan terus penyata akaun / baki duit di dalam akaun ASB.
Portal tersebut dipanggil sebagai MyASBN.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara untuk membuat
semakan login dengan MyASNB Online.
Cara Buat Semakan Penyata ASB Dengan Login MyASNB
Sila layari https://www.myasnb.com.my/ kemudian klik log
masuk yang tertera di bahagian atas.
Sila masukkan ID pengguna dan kata laluan, kemudian klik
masuk.
Cara login ini untuk yang sudah mempunyai akaun ASB. Jika
belum mempunyai akaun sila teruskan membaca.
Cara Daftar ASB Online
Pendaftaran buat pertama kali sila layari :
https://www.myasnb.com.my/ .
·
Klik “Daftar di sini“.
·
Isi borang pendaftaran anda.
·
No telefon anda haruslah telah didaftarkan
ketika pembukaan akaun di cawangan ASB.
Jika belum pernah mendaftar no telefon, sila hadir ke
cawangan ASB berdekatan untuk kemaskini data anda. Barulah anda boleh mendaftar
myasnb seterusnya login untuk menyemak penyata akaun.
Melalui Aplikasi MyASNB
Sila Muat turun aplikasi :
·
iOS
Hubungi MyASNB
Jika terdapat sebarang persoalan mengenai servis myASNB
ataupun pertanyaan mengenai login ASB, bolehlah hubungi:
Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10
malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my
0 Response to "Langkah Login & Semak Penyata Akaun ASB 2022"