Kemudahan Pengeluaran I-Sayang KWSP 2022
Untuk makluman umum, Pihak KWSP telah mengumumkan kebenaran
pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 dibenarkan baru-baru ini dan permohonan telah
mula dibuka. Manakala pembayaran pertama akan bermula pada 20 April 2022.
Pihak berwajib juga telah melancarkan perlaksanaan skim
pengeluaran kewangan melalui i-Sayang KWSP. di bawah telah disediakan berkenaan
butiran tentang i-sayang KWSP.
Informasi I-Sayang KWSP
Prgram Skim I-Sayang adalah merupakan salah satu skim
pengeluaran kemudahan KWSP yang baru telah diperkenalkan pada bula November
2021 oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Menerusi kenyataan rasmi wakil pengerusi KWSP telah berkata,
Pengeluaran Kemudahan i-Sayang membolehkan para pencarum membuat pemindahan
secara sukarela ke dalam akaun isteri sebanyak 2 peratus.
Skim kemudahan i sayang ini dilaksanakan bagi tujuan
menghargai para isteri dan agar sentiasa memastikan penjagaan kesejahteraan
rakyat Malaysia dalam simpanan kewangan pada masa akan datang.
Tarikh Pembayaran
Untuk sedia maklum, pembayaran skim pengeluaran kemudahan
i-sayang KWSP akan mula dilaksanakan pada suku pertama tahun 2022. Untuk
makluman, buat masa ini belum ada sebarang pengumuman berkenaan tarikh rasmi
pembayaran kemudahan i-sayang KWSP.
Segal maklumat berkenaan skim pengeluaran i-sayang KWSP akan
dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kadar Bayaran
Di sini telah disediakan maklumat jumlah bayaran melalui
skim pengeluaran kemudahan i-sayang seperti berikut :
·
Pemindahan caruman secara sukarela dari akaun
suami kepada akaun isteri
·
Kadar bayaran yang akan diterima oleh para
isteri sebanyak 2 peratus
·
Kepada mana-mana ahli pencarum yang ingin
membuat caruman secara sukarela berlebihan boleh membuat permintaan kepada
majikan dalam meningkatkan caruman kepada 11 peratus dan pihak KWSP sangat
menyokong bagi tujuan tersebut.
Cara Membuat Permohonan I-Sayang
Untuk makluman anda, buat masa ini borang permohonan
i-sayang belum dikeluarkan oleh pihak KWSP, sebarang maklumat berkenaan
permohonan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sementara menunggu berkenaan kemudahan pengeluaran i-sayang
KWSP ini. Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat perbagai jenis
bantuan insentif khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan. Anda boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada yang berkelayakan
untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI
0 Response to "Kemudahan Pengeluaran I-Sayang KWSP 2022"