Kemaskini KWSP 2022 (Update Telefon, Tukar No Lama Ke No Baru)
Rata-rata yang cuba buat permohonan KWSP 10k baru-baru ini
mengalami masalah untuk kemaskini KWSP mereka. Kami rasa, anda juga salah
seorang daripadanya.
Dalam artikel ini, bukan sahaja kami akan tunjukkan cara
untuk mengemaskini nombor telefon KWSP, kami juga akan berkongsi
perkara-perkara lain yang boleh dikemaskini.
Kemaskini nombor telefon KWSP
Mesti panik sebab tak dapat SMS OTP / TAC masa nak cuba
login pengeluarankhas.kwsp.gov.my bukan?.
Faham.
Siapa yang tak panik kan?
Untuk makluman, anda tidak boleh update phone number KWSP
melalui i-Akaun. Untuk tukar no lama ke no baru, anda perlu menghadirkan diri
ke mana-mana kiosk KWSP. Sila rujuk senarai kiosk KWSP yang berdekatan.
Selalunya, alasan utama ingin menukar nombor lama ke nombor
baru adalah disebabkan nombor lama sudah tidak aktif lagi. Ada pengguna prepaid
yang tidak topup dan menyebabkan nombor lama expired. Ada juga pengguna
postpaid yang tidak bayar bil walalupun sudah diberi reminder; dan ini akan
menyebabkan nombor lama ditamatkan perkhidmatan.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1.
Pergi ke kiosk KWSP
2.
Sentuh skrin di kiosk KWSP
3.
Buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris
4.
Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu
di bahagian sebelah kiri kiosk
5.
Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang
disediakan untuk mengesahkan identiti anda
6.
Seterusnya, sila ikuti arahan seperti yang
terpapar di skrin untuk kemaskini no telefon KWSP
7.
Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk
kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di
premis tersebut
8.
Selesai urusan tukar no tel di KWSP
Apa yang boleh buat kemaskini KWSP online?
Ada beberapa perkhidmatan lain yang boleh dibuat secara
online tanpa perlu ke cawangan.
Kemaskini Kata Laluan KWSP
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun
kemaskini password i-Akaun anda:
1.
Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
2.
Klik Profil > Tukar Kata Laluan
3.
Masukkan Kata Laluan Semasa
4.
Masukkan Kata Laluan Baru
5.
Masukkan Pengesahan Kata Laluan Baru
6.
Tekan butang Hantar
7.
Selesai
Kemaskini Soalan dan Jawapan Rahsia KWSP
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan
dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:
1.
Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
2.
Klik Profil > Kemas kini Soalan dan Jawapan
Rahsia
3.
Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang
diberikan
4.
Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan
yang dipilih.
5.
Pilih Soalan Rahsia 1 berserta jawapan
6.
Pilih Soalan Rahsia 2 berserta jawapan
7.
Pilih Soalan Rahsia 3 berserta jawapan
8.
Tekan butang Hantar
9.
Selesai
Sila pastikan soalan dan jawapan anda tidak didedahkan
kepada pihak lain bagi tujuan keselamatan.
Kemas kini Imej Online KWSP
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar Imej
Semasa Anda dengan imej yang baru melalui i-Akaun anda:
1.
Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
2.
Klik Profil > Kemas kini Imej Online
3.
Sahkan Imej Semasa Anda
4.
Pilih salah satu imej baru
5.
Masukkan maklumat baru dalam Kemas Kini Frasa
Anda
6.
Tekan butang Hantar
7.
Selesai
Mengemaskini Maklumat Tambahan
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar soalan dan
jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:
1.
Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu
2.
Klik Profil > Mengemaskini Maklumat Tambahan
3.
Pilih Bahasa Pertuturan
4.
Pilih Tahap Pendidikan
5.
Pilih Pendapatan Tahunan
6.
Pilih Gaya Hidup/Minat
7.
Maklumkan dari mana anda tahu mengenai i-Akaun
8.
Tekan butang Hantar
9.
Selesai
Akhir kata
Diharapkan agar proses kemaskini KWSP anda dipermudahkan.
Sila ambil maklum bahawa maklumat atau profil diri anda perlu sentiasa
dikemaskini agar tidak timbul lagi masalah-masalah seperti kesukaran
mengeluarakan duit KWSP RM10k ini. Ambil pengajaran atas apa yang berlaku.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
0 Response to "Kemaskini KWSP 2022 (Update Telefon, Tukar No Lama Ke No Baru)"