Kecewa Dikecam Menu Mahal, Chef Ammar Tunjuk Bukti Semua Bahan Berkualiti!
Belum seminggu umat Islam menyambut puasa, segelintir
pelanggan bazar Ramadan mengeluh mengenai harga makanan yang dikatakan mahal
dan tidak berbaloi dengan kuantiti dan kelazatan menu dijual.
Selain peniaga bazar, tukang masak popular Chef Ammar Ali
juga tidak terkecuali dikecam netizen apabila mereka menyifatkan harga makanan
dijual seperti ‘cekik darah’ yang tidak mampu dibeli oleh semua orang.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @momomqms berkongsi
beberapa video memaparkan chef yang berasal dari Palestin itu meluahkan rasa
kecewa dipercayai ketika melakukan sesi TikTok Live baru-baru ini.
Jangan ajar saya
@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypã‚· #respect #malaysiatiktok ♬ original sound - Mr.Momo
Chef Ammar menjelaskan, semua bahan digunakan untuk memasak
adalah berkualiti tinggi selain cara penyediaan agak rumit sekali gus dapat
memastikan kebersihan serta kepuasan hati pelanggan.
Guna minyak sapi, ayam bukan cuci atas lantai!
@momomqms Reply to @basitbroga5039 ♬ original sound - Mr.Momo
Tidak cukup dengan itu, dia juga cuba menyakinkan pengikut
dengan menunjukkan secara terperinci antara bahan serta kandungan digunakan
dalam masakan.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata memberikan pendapat
bahawa pilihan adalah terletak di tangan masing-masing. Sekiranya harga
berbaloi dengan rasa, tidak salah untuk mencuba.
@momomqms Reply to @bondabaim ♬ original sound - Mr.Momo
Ini kerana Chef Ammar sudah mempunyai pengalaman dalam
bidang masakan dan perhotelan selama berpuluh tahun, jadi memang ‘standard’
bagi harga yang ditetapkan.
0 Response to "Kecewa Dikecam Menu Mahal, Chef Ammar Tunjuk Bukti Semua Bahan Berkualiti!"