Jumlah Minima Pendapatan Individu Yang Wajib Bayar Cukai, Jangan Sampai LHDN Beri Salam
Jumlah minima pendapatan individu yang wajib bayar cukai,
jangan sampai LHDN beri salam. ‘Cukai pendapatan’. Terdengar saja istilah ini,
tidak semena-mena bulu roma kita ‘meremang’, bukan? Ia bukanlah kisah seram
pun, jauh sekali kena buat sesuatu yang menakutkan. Tidak.
Cuma apabila sebut tentang cukai, ia adalah satu bentuk
pembayaran yang perlu kita lunaskan kepada pihak kerajaan untuk satu tempoh
tertentu. Pendek kata, kita kena keluarkan duit dan bayar kepada kerajaan.
Secara umumnya, cukai pendapatan adalah sejenis cukai yang
dikenakan kepada setiap individu bagi pendapatan yang terbit di Malaysia atau
diterima di Malaysia dari luar negara bagi setiap tahun taksiran.
Terfikir juga, kenapa cukai pendapatan ini perlu dibayar
oleh orang tertentu? Apa yang mewajibkan mereka untuk membayarnya? Kenapa bukan
semua orang yang dipilih?
Sebenarnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya akan
memilih individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang yang
ditetapkan. Jadi bagi sesiapa yang ‘terpilih’, mereka perlu mendaftar fail
cukai pendapatan.
Siapa yang wajib bayar?
Cukai pendapatan dikenakan terhadap dua sumber pendapatan
individu, iaitu pendapatan penggajian dan pendapatan perniagaan. Pendek kata,
orang kerja makan gaji kena bayar, orang bisnes sendiri pun kena bayar.
Kategori pendapatan penggajian individu
Merujuk petikan dalam portal LHDN, individu yang layak
dikenakan cukai adalah mereka yang menerima pendapatan penggajian tahunan
melebihi RM34,000 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB).
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak
dikenakan cukai adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan yang ditolak
dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak.
Contohnya, individu yang mempunyai tanggungan akan mendapat pelepasan
sebanyak RM2,000 bagi seorang anak berusia bawah 18 tahun manakala tolakan
rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan
sekiranya pendapatan cukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Kategori pendapatan perniagaan individu
Menurut LHDN, keuntungan yang diperolehi daripada
perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan
yang layak dikenakan cukai. Ini termasuklah sebarang perniagaan yang tidak
berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (ekonomi bayangan).
Terdapat dua jenis perniagaan yang layak dikenakan cukai
pendapatan, iaitu milikan tunggal atau bekerja sendiri (jalankan perniagaan
secara berseorangan) dan perniagaan jenis perkongsian beberapa pihak.
Perlu difahami, perniagaan jenis perkongsian itu meliputi
sebarang bentuk kerjasama antara dua pihak (atau lebih) bagi menyatukan hak,
kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan serta
mewujudkan perkongsian keuntungan.
Perkongsian itu mungkin wujud melibatkan individu-individu, kerjasama dua syarikat, individu dan syarikat serta individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian.
Bagaimana nak bayar cukai pendapatan?
Untuk pengetahuan anda, LHDN kini telah menyediakan
saluran pembayaran yang lebih mudah, menjimatkan masa serta boleh diselesaikan
hanya kurang daripada lima minit, iaitu secara tanpa tunai (cashless).
Kalau sebelum ini anda mungkin perlu beratur lama di
mana-mana kaunter LHDN untuk menunggu giliran, kini tidak perlu lagi
bersusah-payah kerana anda boleh sahaja membayarnya melalui saluran online FPX
atau MyDebit di kaunter.
Tahukah anda, pembayaran cukai pendapatan secara online ini
sebenarnya lebih selesa, pantas dan selesai dalam tempoh segera. Tidak perlu
lagi ‘buang masa’ menunggu lama giliran masing-masing di kaunter.
Selain itu, keselamatan lebih terjamin kerana anda tidak
perlu membawa wang tunai yang banyak ke kaunter. Malah transaksi wang berjalan
lebih selamat kerana ia direkodkan dalam akaun bank. Menarik, bukan?
Kenali dua saluran pembayaran cukai pendapatan LHDN
secara tanpa tunai yang anda boleh pilih
1. MyDebit – Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan
pengguna membuat pembayaran atau pembelian secara online menggunakan kad ATM.
Transaksi boleh dibuat melalui dua kaedah, iaitu memasukkan nombor PIN kad ATM
atau sistem tanpa sentuhan (Wave) di mesin POS di kaunter.
2. FPX – Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan
pengguna membayar pembelian/servis secara online melalui internet atau
perbankan mudah alih. Transaksi berlaku melalui tolakan daripada akaun simpanan
dan akaun semasa.
Bayar cukai pendapatan & menangi RM10,000
Keluar duit untuk bayar cukai pendapatan, tapi dapat semula
duit sebagai hadiah? Ya! Apabila bayar cukai melalui saluran tanpa tunai di
atas tadi, anda sebenarnya telah pun menyertai kempen Cashless Boleh 2.0 oleh
PayNet.
Percaya atau tidak, dengan membuat pembayaran secara tanpa
tunai mahupun cek di 20 agensi kerajaan terpilih yang lain, anda sebenarnya
bakal berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 untuk 100
pemenang bertuah!
Caranya mudah saja. Anda hanya perlu melakukan transaksi
tanpa tunai atau cek di mana-mana 20 agensi kerajaan terpilih, sama ada
menggunakan kad ATM MyDebit atau DuitNow QR di kaunter, atau pun melalui
perbankan internet menggunakan FPX, JomPAY dan DirectDebit.
Senarai 20 agensi kerajaan terpilih
Anda boleh menyertai kempen ini dengan melakukan pembayaran
secara tanpa tunai di 20 agensi kerajaan terpilih seperti di bawah:-
1.
Jabatan Kastam Diraja (JKDM)
2.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
3.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
5.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
6.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
7.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
8.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
9.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) melalui PBT
10.
Urusan kehakiman di mahkamah
11.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
12.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)
13.
Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl)
14.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
15.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN)
16.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah
Persekutuan (PPTGWP)
17.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
Lembaga Peperiksaan
19.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI)
20.
Hospital UiTM Puncak Alam
Pendek kata, peluang untuk anda terpilih menjadi pemenang
bertuah yang memenangi RM10,000 ini sangat luas biarpun hanya membayar RM1
kerana pembayaran tanpa tunai ini memang tiada jumlah minimum pun!
0 Response to "Jumlah Minima Pendapatan Individu Yang Wajib Bayar Cukai, Jangan Sampai LHDN Beri Salam"