Jangan Kongsi Status Pengeluaran Khas KWSP di Media Sosial
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peringatan
agar jangan kongsi status Pengeluaran Khas KWSP di media sosial. "Ini
kerana Scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda"
KWSP juga dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan,
pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan
pengeluaran khas. Untuk makluman, permohonan Pengeluaran Khas KWSP dibuka mulai
1 April 2022 sehingga 30 April 2022 (Sebulan). Permohonan boleh dibuat melalui
pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Sebagai makluman, pengeluaran kali ini adalah yang terakhir
di bawah inisiatif pengeluaran khas. Ini merupakan pengeluaran keempat selepas
i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh
i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang
dihadapi oleh ahli dalamn tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikuti
dengan kelembapan ekonomi.
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP
membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran
dalam tempoh Fasa 'Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada
pandemik COVID-19.
Berhati-hati! Scammer sentiasa memerhatikan anda. Jangan jadi mangsa scammer. #kwsp #kwspahli #kwspinfo
Posted by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja on Wednesday, 30 March 2022
Memandangkan ramai yang teruja dengan kebenaran pengeluaran
khas ini, ramaii yang bertindak berkongsi maklumat peribadi seperti nombor
MyKad, nombor telefon, alamat rumah dan jumlah pengeluaran.
Maklumat-maklumat ini adalah sulit dan
ada pihak yang akan mengambil
kesempatan melalui perkongsian status
permohonan KWSP tersebut terutamanya
dalam kalangan Scammer dan
sebagainya.
Memetik laporan Sinar Harian pada 17 Mac yang lalu, Polis
mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer
dalam proses membuat pengeluaran wang tunai Kumpulan Wang Simpanan Persaraan
(KWSP).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata,
pihaknya sentiasa memantau sebarang tindakan jenayah penipuan dari masa ke masa
bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya dengan helah penipuan membabitkan
pengeluaran wang tunai KWSP
"Hampir setiap hari banyak peringatan dan nasihat
disampaikan oleh pihak polis kepada orang ramai menerusi media sosial terutama
laman Facebook PDRM dan laman sosial lain tentang pelbagai taktik
penipuan" katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
antara Kop Mantap Berhad bersama rakan strategik di Maktab Polis Diraja
Malaysia pada Khamis.
Justeru, beliau berharap agar tidak ada masyarakat yang
menjadi mangsa penipuan ini.
Oleh yang demikian, pemohon di nasihatkan agar jangan kongsi
status permohonan pengeluaran khas KWSP di media sosial bagi menjamin
keselamatan anda!
0 Response to "Jangan Kongsi Status Pengeluaran Khas KWSP di Media Sosial"