“I Lah Pregnant Lady Semalam Tu.” – Dituduh Menyelit Beli Nasi Arab Chef Ammar, Ibu Hamil Cerita Perkara Sebenar
Sejak semalam, kecoh satu video menunjukkan Che Ammar yang
memberi ‘ceramah’ kepada pelanggan biadap yang tak puas hati ibu mengandung
diutamakan.
Seperti yang kita sedia maklum, nama Chef Ammar dah banyak
kali viral di media sosial baru-baru ni iaitu tentang pelanggan yang mendakwa
harga nasi arab yang dijualnya di bazar Ramadan berharga ‘Tel Aviv’ sehingga
Chef Ammar sendiri menangis dan berkecil hati. Kesian chef!
Tak cukup dengan isu terbabit, chef yang berasal dari
Palestin ini juga turut terpalit dengan isu membandingkan serta menempelak
peniaga Melayu lain tentang sistem kerja dan tadbir urus di dapur.
Ada jugak isu tentang pelanggan tak puas hati sebab dah
beratur lama untuk dapatkan nasi arabnya tapi nasi tersebut telah habis dijual.
Jadi, Chef Ammar dah tetapkan yang setiap individu boleh beli maksimum 4 set
sahaja agar dapat beri peluang pada pelanggan lain juga.
Kali ini, nama Chef Ammar sekali lagi viral di TikTok
seorang lelaki @mohdarizan yang memuatnaik satu video menerangkan tentang ada pelanggan
biadap yang marah staf Chef Ammar.
Menerusi video yang telah dimuatnaik dan mendapat 3.5 juta
views ini, lelaki ini menerangkan yang ada customer marah staf Chef Ammar sebab
beri keutamaan kepada wanita mengandung. Dapat dilihat juga yang Chef Ammar
tengah jelaskan kepada polis tentang situasi yang berlaku.
Buat pengetahuan semua, pihak Chef Ammar memang dah sediakan
lorong khas untuk golongan ibu hamil dan warga emas untuk memudahkan urusan
jual beli. Siap ada 2 kaunter juruwang tau!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong dan memuji
Chef Ammar dengan menekankan yang bukan sahaja di bazar, tapi bila pergi
mana-mana tempat awam mestilah kena utamakan ibu mengandung dan orang tua. Min
pun setuju!
“Saya sokong Chef Ammar..bagus cara dia” – Komen netizen
“Kena kasi keutamaan pada perempuan mengandung” – Komen
netizen
Tampil menjelaskan situasi, @aliahnn memuat naik video
mengakui dia adalah ibu mengandung yang menjadi kontroversi sejak semalam.
Menegaskan yang dia turut beratur dalam barisan yang
panjang, Aliahnn berkata dia sampai seawal jam 12.30 tengah hari bersama ibu
bapanya dari Melaka.
“In fact I tunggu 30 minit…”
Tambah wanita ini, dia juga menunggu selama 30 minit
walaupun diberi keutamaan dan sama sekali tidak mengeluh dengan apa yang
berlaku.
Dalam video juga dijelaskan, Chef Ammar memang tidak
bertolak ansur pada mereka yang ingin membeli dengan cara ikut ‘pintu belakang’
atau menempah awal, sebaliknya tegas menyuruh mereka mengikut peraturan dengan
beratur supaya adil semuanya.
“Saya nampak sis semalam…”
Menjengah ke ruangan komen, para netizen menyifatkan
kesabaran sangat penting jika ingin menikmati menu viral yang terang-terangan
mempunyai ramai orang pelanggan dalam satu masa.
Malahan, mereka turut bersetuju dengan tindakan Chef Ammar yang
mengutamakan golongan orang tua dan ibu mengandung.
Ada jugak netizen menambah yang mereka simpati dengan Chef
Ammar yang dah tempuh bermacam cabaran dan dugaan waktu bulan puasa ni.
SUMBER:Tiktok – aliahnn, Tiktok – mohdarizan, REDAKSI
0 Response to "“I Lah Pregnant Lady Semalam Tu.” – Dituduh Menyelit Beli Nasi Arab Chef Ammar, Ibu Hamil Cerita Perkara Sebenar"