i-Biaya: Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia
Rakyat Malaysia kini ditawarkan inisiatif terbaharu
pembiayaan perumahan di Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Home Ownership Programme (HOPE) iaitu
Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).
i-Biaya ialah inisiatif di bawah HOPE yang diperkenalkan
sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Inisiatif ini dijangka mampu meningkatkan pemilikan rumah
terutamanya mereka dalam golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.
Tambahan pula, inisiatif ini adalah sebagai langkah untuk
menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025.
Peranan i-Biaya
Terdapat 3 peranan utama inisiatif ini iaitu untuk:
·
Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan
dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
·
Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah
pertama.
·
Menyediakan khidmat
nasihat/konsultasi/kaunseling dalam pengurusan kredit.
Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan
Terdapat 3 skim pembiayaan yang ditawarkan menerusi
inisiatif ini iaitu:
i) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
SKJP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama
daripada golongan tidak berpendapatan tetap mendapat pembiayaan perumahan.
ii) Skim Rumah Pertamaku (SRP)
SRP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama dalam
kalangan M40 dan B40 untuk memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang
pendahuluan.
iii) Skim Rent-To-Own (RTO)
Skim RTO merupakan skim pemilikan perumahan berkonsepkan
sewa beli dan skim ini terbuka untuk semua unit PR1MA sedia ada.
Cara Memohon
Untuk memohon ketiga-tiga skim tersebut, sila ikuti
langkah-langkah berikut:
i) Permohonan SJKP
1.
Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang
dikehendaki.
2.
Selepas itu, buat permohonan dan serahkan
dokumen berkaitan kepada institusi kewangan terlibat.
3.
Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam
dan menghantar permohonan ke SJKP bagi jaminan pelindungan.
4.
SJKP menyemak permohonan dan menyediakan jaminan
pelindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan).
5.
Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran
(LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan SJKP.
6.
Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman
mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.
ii) Permohonan SRP
1.
Pemohon mencari rumah idaman dan mereka perlu
mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran
tempatan dan lain-lain.
2.
Semak kelayakan pembiayaan rumah di bawah SRP
menerusi https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria.
3.
Sediakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan
penyata.
4.
Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke
cawangan bank-bank yang terlibat.
iii) Permohonan RTO
1.
Buat akaun di https://www.prima.my.
2.
Pemilihan unit OTP sedia ada akan dikeluarkan.
3.
Pemohon mula membuat permohonan skim RTO bersama
Maybank.
4.
Wakil Maybank akan menghubungi pemohon dan
memproses permohonan tersebut.
5.
Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan
skim RTO kepada pemohon.
6.
Perjanjian disediakan untuk ditandatangani.
7.
Pemohon akan menandatangani Perjanjian Jual Beli
(SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan
Maybank.
8.
Pemohon menerima kunci rumah daripada PR1MA.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai i-Biaya, layari laman web
https://www.kpkt.gov.my/.
0 Response to "i-Biaya: Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia"