ePemula: Tebus Kredit eWallet RM150 Shopee, Grab, TNG & BigPay
Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim
Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis
perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun
e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di
institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2
juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan
sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”
Berikut dikongsikan info terkini tentang Program ePemula @
eStart untuk makluman bersama.
Apakah Program e-Start @ e-Pemula?
ePemula @ e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai
bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara
one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga
pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?
Menurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, rangkaian
eWallet yang terlibat adalah dalam program ePemula adalah:
·
Touch n Go eWallet
·
ShopeePay
·
Grab Pay
·
BigPay
Peniaga PKS dan bakal penerima ewallet belia yang masih
brlum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan
anda bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.
Tarikh Permohonan e-Pemula 2022
Program ePemula @ e-Start ini dijangka akan bermula pada
pertengahan April 2022.
Rujuk Soalan Lazim Program e-Start @ e-Pemula di bawah:
Apakah itu Program eStart @ e-Pemula?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah
Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan
perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di
institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk
kredit e-tunai.
Siapa yang layak memohon?
Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun
2022.
Bagaimana untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai berikut
– ShopeePay
– BigPay
– GrabPay
– Touch n Go eWallet
Bilakah tarikh penebusan / pelaksanaan Program e-Pemula?
Menurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, program ini
dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.
Sila rujuk portal Manfaat 2022 untuk maklumat terkini :
https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html
Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022
Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang
diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.
Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa
ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.
Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk
mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.
0 Response to "ePemula: Tebus Kredit eWallet RM150 Shopee, Grab, TNG & BigPay"