e-Pemula : Kerajaan Umum Bantuan Sebanyak RM 150 ! Semak Status & Cara Permohonan Sekarang
Kerajaan telah melancarkan program Bantuan e-Pemula RM150,
iaitu Skim Transaksi Tanpa Tunai yang bertujuan untuk menggalakkan perniagaan
menjadi tanpa tunai (eWallet Belia 2022).
e-Start akan mengkreditkan sebanyak RM150 ke dalam akaun
e-dompet belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, menurut
Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul
Bin Tengku Abdul Aziz.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan menjangkakan lebih 2
juta anak muda yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini akan dapat
memanfaatkannya sepenuhnya dengan membeli produk berguna seperti buku dan
peralatan belajar.”
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Program eStart yang
telah dikongsikan untuk manfaat bersama.
Permohonan Bantuan e-Pemula
RM150 e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai
bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara
one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga
pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?
Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi
diumumkan.
Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah
dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi
eWallet Belia berikut:
• Touch n Go eWallet
• Boost
• Grab Pay
• BigPay
Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan
dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.
Senarai Bantuan Untuk Golongan Belia Dalam Bajet 2022
Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang
diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.
Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa
ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.
Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.
Apakah Itu Program eStart?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah
Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan
perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di
institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah Jumlah Bantuan Yang Disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk
kredit e-tunai.
Siapakah Yang Layak Memohon?
Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun
2022.
Bagaimana Untuk Memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat
yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa
terdekat nanti.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk
mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.
0 Response to "e-Pemula : Kerajaan Umum Bantuan Sebanyak RM 150 ! Semak Status & Cara Permohonan Sekarang"