Cara Withdraw Duit Daripada Shopee Ke Akaun Bank Sendiri
Tak tahu cara nak keluarkan duit daripada akaun ShopeePay
anda? Jangan risau, anda boleh ikuti langkah dan cara withdraw duit daripada
Shopee ke akaun bank sendiri disini.
Sekarang nampaknya Shopee sangat menggalakkan pengguna
menggunakan eWallet ShopeePay yang ada di dalam aplikasi sehinggakan banyak
voucer diskaun boleh digunakan jika anda membayar menggunakan ShopeePay
berbanding menggunakan akaun bank.
Sebenarnya penggunaan ShopeePay tiada keburukan pun, ini
kerana jika anda topup duit banyak pun, kesemua duit tersebut boleh dimasukkan
ke akaun bank semula. Jadi tidak perlu pun simpan banyak-banyak dalam
ShopeePay. Tapi ada caranya untuk keluarkan duit tersebut. Pastinya ia mudah
sahaja.
Jadi jika anda sudah topup duit banyak dalam ShopeePay dan
dalam masa yang sama anda ingin gunakan cash, anda boleh keluarkan duit
tersebut dan masuk ke akaun bank semula. Kemudian boleh la withdraw di mesin
ATM kan. Jadi jom kita tengok cara withdraw duit daripada Shopee ke
Cara Withdraw Duit Daripada Shopee Ke Akaun Bank
Sebelum itu, anda perlu tahu dalam masa 7 hari, anda hanya
dibenarkan untuk withdraw duit daripada Shopee sebanyak 3 kali sahaja iaitu
secara percuma. Selain itu, tempoh untuk duit tersebut masuk ke akaun bank
adalah dalam masa 1-3 hari. Tiada caj dikenakan setiap kali pengeluaran kecuali
lebih daripada 3 kali seminggu.
Anda boleh keluarkan duit melalui ShopeePay melalui aplikasi
Shopee di Android, iOS atau Huawei App Gallery. Buka aplikasi Shopee, kemudian
pada bahagian laman utama, anda klik pada "ShopeePay ikon"
seperti dalam gambar.
Akan dipaparkan jumlah duit anda yang ada di dalam akaun
ShopeePay. Kemudian klik pada butang "Transfer".
Kemudian pilih "Transfer to bank account"
dan pilih bank anda yang anda ingin terima duit tersebut seperti contoh
Maybank, CIMB dan sebagainya. Dah selesai, boleh masukkan jumlah duit yang anda
ingin keluarkan. Tiada jumlah minimum. Klik "Next". Jika sudah
pasti kesemuanya, akhir sekali tekan "Confirm".
Jika sudah siap, anda perlu masukkan "no pin"
yang anda telah tetapkan dan klik "Ok". Selesai!. Akhirnya,
anda perlu tunggu sahaja duit tersebut akan masuk ke akaun bank anda secara
automatik.
0 Response to "Cara Withdraw Duit Daripada Shopee Ke Akaun Bank Sendiri"