Cara Semak Status Permohonan KWSP 10K – Lulus Atau Gagal ?
Cara Semak Status Permohonan KWSP 10K – Lulus Atau Gagal ?
Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh
mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).
KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU
melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana
cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan
semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu
dibuat sekiranya LULUS permohona dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK
LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan
berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.
Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli
keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran
Khas mulai 9 April 2022 melalui:
1.
Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
2.
Klik butang ‘Semakan Status’
3.
Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
4.
Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS
atau TIDAK
5.
Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan
yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
6.
Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran
sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan
dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
7.
Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya
KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
8.
Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari
semasa ke semasa
9.
Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan
pada Channel Telegram tersebut
10.
Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya
kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC
hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan
pengesahan cap ibu jari. Klik
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.
-SNS
Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui
pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau
B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN
PENGELUARAN
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip
amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN
6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan
kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan
tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat
tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun
bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas
RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000
Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah
RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.
Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam
Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk
mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.
Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu
bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau
semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan
bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah
nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas
RM10,000
Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP
RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi
Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
0 Response to "Cara Semak Status Permohonan KWSP 10K – Lulus Atau Gagal ?"