mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Kerajaan
ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu
golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila
menghidapi penyakit- penyakit kritikal.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK
MYSALAM
Penerima Bantuan Sara
Hidup (BSH):
1. Individu berumur antara
18 hingga 65 tahun dan pasangan;
2. Individu bujang berumur
antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
3. Individu OKU berumur
antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Kategori Bantuan Sarah
Hidup (BSH)
· RM 8000 akan di bayar
secara tunai apabila disahkkan atau didiagnos salah satu daripada 45 penyakit
kritikal.
· Elaun RM 50 hospital akan
di berikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum di bayar RM
700 bagi setahun untuk seorang.
Senarai 45 Penyakit Kritikal
Boleh Mohon
Tekan link tersebut:
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM
Senarai Hospital:
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=hospital_BM
Untuk semak Kelayakan
boleh klik link tersebut: https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM
Cara Untuk Membuat
Tuntutan
1. Tuntutan yang
diluluskan akan
dimaklumkan kepada
penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke
portal www.mysalam.com.my.
Bagi yang layak boleh log
in sini :👇
2. Pengendali takaful
yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan
mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang
didaftarkan dengan
skim Bantuan Sara Hidup
Rakyat.
Boleh Rujuk👇
Sebarang soalan boleh
rujuk : Soalan Lazim MySalam
Penerima Bantuan Sarah
Hidup lama atau baru dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat BSH /BR1M dan
melengkapkan waris yang dinamakan dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan
sekiranya penerima Bantuan Sarah Hidup meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekian
Terima Kasih.