Cara Check Status KWSP Pengeluaran Khas Secara Online 2022
Bermula pada 9 April 2022, para pemohon Pengeluaran Khas
KWSP boleh mula membuat semakan status kelulusan melalui online. Semakan
Permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon check
status permohonan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak bermasalah.
Bagaimanakah cara check status KWSP Pengeluarankhas? Macam
mana semakan pengeluarankhas.kwsp.gov.my 10k 2022 online?
CARA CHECK STATUS KWSP PENGELUARANKHAS
PANDUAN LENGKAP CARA CHECK STATUS KWSP PENGELUARANKHAS 2022
ONLINE.
1.
Klik Link Rasmi Semakan Status KWSP Pengeluaran
Khas di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.
2.
Klik [TERUSKAN].
3.
Klik [SEMAK STATUS PERMOHONAN] atau.
4.
Klik direct link Check Status Kelulusan ini :
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status.
5.
Masukkan Nombor MyKad / MyPR.
6.
Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai
:
·
010
·
011
·
012
·
013
·
014
·
015
·
016
·
017
·
018
·
019
7.
Sila masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang
betul dan masih aktif semasa permohonan dibuat sebelum ini.
8.
Tick Saya bukan robot.
9.
Tekan butang [SEMAK STATUS].
10.
Sila Semak Status Kelulusan anda seperti yang
terpapar.
11.
Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan
STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA.
12.
Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang
warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN.
13.
Bayaran Pemohon berstatus LULUS akan dibuat
bermula pada 20 April 2022.
14.
Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN KWSP PENGELUARANKHAS
Pembayaran untuk Permohonan yang Telah DiLuluskan akan
dibuat bermula pada tarikh 20 April 2022. Bayaran dibuat secara berperingkat ke
akaun bank masing-masing.
CARA BAYARAN KWSP PENGELUARANKHAS
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara
pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah
dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar :
·
Akaun bank (simpanan atau semasa)
·
Akaun bank masih aktif
·
Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli
sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
(Nota) :
·
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah
dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
·
Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang
tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
·
Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan
bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus
ke dalam akaun bank.
·
Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan
Bayaran di cawangan KWSP.
·
Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di
mana-mana cawangan RHB Bank.
Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan
dihantar dan ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan
dihantar.
NO HOTLINE KWSP PENGELUARANKHAS
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan, sila
hubungi hotline yang disediakan di bawah ini.
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.
0 Response to "Cara Check Status KWSP Pengeluaran Khas Secara Online 2022"